” Cantiknya Maryam, bulu mata tu lentik sangat.. ” – Netizen

Video Anak Fizo Omar, Wan Maryam Membuat Aktiviti Mewarna Raih Perhatian Ramai. Wah Makin Besar, Makin Cantik Lah Maryam. Part Last Tu Comel Sangat, Siap Tunjuk Hasil Mewarna Pada Wan Khaleeda, Adik Pun Layan Je !!

Meninjau ke akaun Instagram isteri Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri, perkongsian video Wan Maryam telah meraih perhatian ramai. Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Maryam melakukan aktiviti yang kreatif di rumah.

Menurut Fazeera, aktiviti ini sangat menarik dan Maryam akan memberi tumpuan sehingga Maryam berjaya menyelesaikannya. Aktiviti ini memerlukan Maryam meletakkan warna pasir pada gambar yang disediakan.

Maryam akan membuka pelekat pada gambar tersebut dan meletak pasir berwarna mengikut citarasa warna pilihannya. Apabila selesai, Maryam menunjukkan hasil kerjanya kepada adiknya, Wan Khaleeda. Alahai, comelnya.

Hasil kerja Maryam ini nampak sangat cantik sekali kerana pilihan warnanya yang menarik. Aktiviti sebegini bukan sahaja menarik malah mampu menjana kretiviti anak-anak. Maryam nampak begitu teruja sekali.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memuji wajah comel Maryam dan juga bakat Maryam membuat aktiviti tersebut. Antara komen-komen yang diberikan :

” Pandainya kakak maryam.. Cantiknya colouring Mariam.. rambut maryam cantik dan unik sangat.. terbaik.. “

” Masih ada ibu tiri1 mcm ni. Masyallahh. Ank ibarat kain putih parenting sbb kn mereka jd mcm2 Tmbh2 yg div0rce. Tp sy percaya. Maryam akan ok besar nti. Sbb ada ksih dari u mcm ni.. “

” Cantik dan comel Maryam dan baby Khaleeda .. cantek maryam ni bila dah besar nanti .. suka sangat tengok.. “

” Cantiknya mata maryam, lawa.. Cik yam kenapa awak cute sangat..  Nampak mesra dan penuh kasih sayang umi ngan cik yam. Alhamdulillah..

” Comel cantiknya maryam.. Ya Allah Ya Allah comelnya dedua.. tambah si baby bulat tu. Happy together .. “

” Suka tgk cik yam ni gembira sentiasa tahniah daddy berjaya buat anak2 bahagia semoga cik yam menjadi anak yg soleh dunia sampai akh1rat.. “

” Baiknya umi kat maryam bulu mata maryam tu adoilaa lentik sangat .. Love you Maryam moga jadi anak yg baik untuk mumy umi n ddy.. “

Tidak dinafikan Maryam nampak semakin cantik dengan rambutnya yang kerinting dan bulu matanya yang lentik. Ramai juga yang memuji sikap Fazeera yang melayan baik Maryam walaupun berstatus anak tir1. Semoga keluarga ini sentiasa bahagia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fezyra Nesry

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..