” Cantiknya Fasha, macam dia pula pengantin.. ” – Netizen

Video Penampilan Fasha Sandha Sekeluarga Hadir Ke Majlis Perkahwinan Anak Perempuan Along Kamaludin Raih Perhatian Warganet. Wah Cantiknya Fasha, Nampak Macam Pengantin Lah. Aidil Aziz Pun Steady Menyanyi Sambil Dukung Anak !!

Semalam telah berlangsungnya majlis perkahwinan anak perempuan pengarah terkenal, Along Kamaludin iaitu Amelia. Ramai rakan-rakan artis telah dijemput untuk memeriahkan majlis. Antara yang hadir adalah pelakon Fasha Sandha.

Fasha telah memuatnaik video ketika hadir ke majlis tersebut. Dalam video itu, Fasha telah hadir bersama suaminya, Aidil Aziz dan anak-anak mereka. Dilihat Fasha yang sedang duduk di meja makan cantik mengenakan busana berwarna putih dan rambutnya bersanggul.

Perkongisan video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada peminat yang menyatakan yang Fasha semakin langsing dan penampilannya ke majlis tersebut sudah seperti pengantin kerana Fasha kelihatan cantik dan berseri-seri.

Selain itu, sikap Aidil yang steady menduk0ng Aisha sambil menyanyi turut menjadi perbualan warganet. Sehingga kini video yang dikongsikan oleh Fasha itu telah menerima lebih 4 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang menyukai video Fasha dan memberikan pelbagai kata pujian kepada Fasha. Antara komen-komen menarik adalah :

 ” Cantiknya Fasha, macam dia pula pengantin.. Ayah terbaik Aidil ni.. Jarang jumpa ayah dukung anak smbil nyanyi.. “

” Lawa Fasha, nampak makin kurus. Letopsss sgt Fasha nii.. Makin berumuq makin bergetahhh lah, hehe.. “

” Suka tengok Fasha, dah lah cantik, lembut je gayanya. Pakai baju macam tu, dah nampak macam penganti, berseri.. “

” Cantik nya Fasha, memukau tengok. Anak Fasha pun cantik juga. Selamat pengantin baru buat anak Along.. “

” Cantiknya Fasha, slim g1lerrrrr lah. Fasha share lah tips untuk jadi cantik, nak juga cantik macam Fasha.. “

” Cantik n lemah lembut Kak Fasha sanda kita, patut lah cik abang sayang sangat. Tahniah Along dan isteri, dapat menantu.. “

”  Suka tnegok Aidil, terserlah sifat suami & bapa yang penyayang. Sentiasa berkepit dukung si baby cute tu.. “

Semakin hari semakin cantik Fasha ni. Wajahnya juga maintain muda meskipun sudah beranak tiga. Apa-apa pun semoga Fasha terus berjaya dalam bidang yang diceburinya dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG fashasandha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..