” Cantik pilihan Jep, mahal ni harganya.. ” – Netizen
Sari Yanti Kongsi Gambar Hadiah Anniversary Pemberian Jep Sepahtu Untuknya Raih Perhatian Peminat. Wah Bukan Biasa-Biasa Hadiah Jep, Boleh Tahan Harga Tu. Bertuah Sari !!
Diam tak diam, beberapa hari lagi genaplah 5 tahun usia perkahwinan pelawak terkenal, Jep Sepahtu bersama si kecil molek, Sari Yanti. Bahagia dengan kehidupan mereka, pasangan ini telahpun dikurniakan 3 orang cahayamata yang comel belaka.
Meninjau akaun Instagram Sari Yanti, telah dikongsikan sekeping gambar yang memperlihatkan hadiah ulangtahun perkahwinan yang diberikan oleh Jep. Walaupun tarikh sebenarnya adalah pada 25 Februari nanti, namun Jep memberikannya lebih awal kepada Sari.
Kelihatan seutas jam tangan berjenama Franck Muller berwarna merah diletakkan dalam bekasnya. Tulis Sari di kapsyennya, ucapan terima kasih untuk suami tersayang atas hadiah itu. Sari juga berharap agar Allah merahmati ik4tan perkahwinan mereka sehingga ke syurga.
Melihat sahaja jam yang mewah ini, peminat turut membuat pemerhatian di web rasmi Franck Muller dan harganya mencecah ratusan ribu. Wah betul-betul rezeki Sari dan peminat turut memuji cara Jep melayani dan menghargai isterinya ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Posting oleh Sari ini telahpun meraih hampir 10 ribu likes daripada peminat. Rata-ratanya turut mengucapkan ucapan happy anniversary untuk Sari dan Jep. Antara komen-komen peminat :
” Happy anniversary Sari dan Jep, semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya. Jam tangan ni Dato’ Siti pernah pakai, mahal tu.. “
” Cantik pilihan Jep, mahal ni harganya ratus ribu jugak. Happy anniversary Jep dan Sari. Semoga kekal berkasih sayang sampai hujung ny4wa.. “
” Happy Anniversary sariyanti dan jepsepahtu. moga kekal bahagia hingga ke jannah. Cantik jam tangan tu pandai jep pilih.. “
” Happy anniversary, darling. semoga sentiasa dalam lindungan and kasih sayang Allah, you both. Good choice of watch, Jep. Ratus ribu ni, terbaiklah suami macam ni.. “
” Rezeki dapat suami yang baik dan menghargai, Alhamdulillah. Bertuah sungguh Sari, happy anniversary Sari dan Jep. Moga berkekalan sampai ke jannah.. “
” Wah lady vanguard lah, d4hsyat betul. Cantiknya hadiah jam anniversary tu Kak sari yanti . Pandai Abang jep sepahtu pilih.. Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan. Semoga kekal ke Jannah.. “
Mahal atau murah, apa yang penting adalah ianya ikhlas daripada sang suami untuk si isteri. Selamat ulangtahun perkahwinan Sari dan Jep. Semoga bahtera perkahwinan ini sentiasa mekar dengan kasih sayang yang berpanjangan dan berbahagia selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sari Yanti
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..