” Cantik, dah macam kakak Shuib je bukan mama Shuib.. ” – Netizen

Penampilan Ibu Shuib Sepahtu, Salamiah Jalani Bertudung Labuh Raih Perhatian Ramai. Wah Nampak Cantik Dan Muda Lah, Sekali Pandang Hampir Tak Kenal !!

Puan Salamiah Jalani merupakan ibu kepada pelakon dan pelawak terkenal iaitu Shuib Sepahtu. Meninjau ke akaun Instagram, perkongsian video terbaru Puan Salamiah telah meraih perhatian ramai sehingga menerima lebih 800 tanda suka.

Kapsyen di dalam video tersebut bertanya ‘ siapa suka mama bertudung labuh, cer komen sikit ‘ ditujukan kepada netizen. Puan Salamiah atau mesra disapa dengan panggilan mama cuba bertanya pendapat warganet.

Rata-rata warganet memuji penampilan Puan Salamiah bertudung labuh kerana nampak lebih muda dan cantik. Sekali pandang hampir tak kenal. Mungkin kerana solekan yang dikenakan dan juga ditambah dengan filter menyebabkan wajah ibu Shuib nampak berbeza.

Ada juga netizen yang menyatakan Puan Salamiah nampak seperti kakak kepada Shuib pula. Sama ada bertudung labuh atau bertudung seperti sebelum ini, penampilan Puan Salamiah tetap manis dan sopan.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memuji penampilan Puan Salamiah ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Cantik tudung amy_salmi.. Nampak muda n gorgeous.. Alhamdulillah.. Dah mcm adik Shuib pulak.. cantik amy_salmi … “

” Syantek Sangat Mama.. Masyaallah tabarakallah cantik mama.. Trus tringat dkt arwah kak Sarah… Al ftihah.. “

” Labuh lebih baik.. Cantik mama pakai mcm ni.. nampak ayu dan btambah muda.. suka tengok mama pakai macam ni.. “

” So cantikkk n awet muda.. awet muda… jeles sy.. sbb umur kite sebaye… tapi awak muda sokmo.. muda sangat.. “

” Cantik. Dah macam kakak Shuib je bukan mama Shuib.. alhamdulilah sumber inspirasi utk kami jugak.. “

” Cantiklah… nmpk lg muda.. Mama pakai tdg cmne pn cantik… Yg labuh ni pn bertambah cantik.. semoga istiqomah.. “

” Mama pakai tudung apa pun cantik.. nampak anggun sgt nampak muda.. Cantik mama nampak sopan menutup dada sesuai dengan usia kita.. “

Nampaknya ramai yang menyukai penampilan ibu Shuib bertudung labuh begini. Nampak lebih muda dan cantik kan. Semoga Puan Salamiah sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dimurahkan rezeki.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Amy Salmi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..