” Cantik betul wife dia, penuh sopan santun.. ” – Netizen
Video Shahir Zawawi Bersama Isterinya, Jaskin Jaludin Di Konti Hot FM Raih Perhatian Warganet. Alahai Sweetnya Pickupline Shahir Untuk Isteri. Siap Sambut Birthday Shahir Lagi Kat Konti !!
Beberapa hari lalu, penyanyi Shahir Zawawi telah sah bergelar suami kepada wanita pilihannya yang dikenali dengan nama Jaskin Jaludin dengan sekali lafaz. Difahamkan, majlis pasangan ini telah berlangsung di Royal Ballroom Bizmilla, One City, Subang Jaya.
Pada majlis pernikahan Shahir telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300, wang hantaran sebanyak RM20,000 dan beserta lima dulang berbalas tujuh dulang hantaran daripada pengantin perempuan.
Terbaru, menerusi akaun Instagram radio H0t FM telah berkongsi video menjemput pasangan pengantin baru ini ke konti. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang menyatakan perwatakan isteri Shahir dilihat seorang yang sangat lemah lembut.
Hari lahir Shahir turut diraikan di konti H0t FM bersama penyampai-penyampai radio dan paling menarik, Shahir turut memberikan ayat pickupline buat isteri tersayang. Sehingga kini setiap video yang dikongsi itu telah mendapat ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, selain isteri Shahir mencur1 tumpuan, para peminat turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Shahir. Antara komen-komen tersebut.
” Cantik betul wife dia, penuh sopan santun. Selamat hari lahir Shahir, semoga sentiasa dimurahkan rezeki selalu.. “
” Selamat Pengantin Baru Shahir dan isteri. Semoga kekal hingga ke Jannah. MasyaAllah cantiknyaa wife die, nampak sepadann.. “
” Lembut je gaya wife Shahir cakap. Selamat pengantin baru Shahir dn pasangan semoga kekal bhgia hingga ke jannah aamiin² yra.. “
” Happy birthdau Shahir, yeayyy tahun ni rai bersama isteri. Semoga sentiasa bahagia bersama, kekal hingga ke syurga.. “
” Shahir ni klau rambut pendek baru nmpk hamsem atau smart. Selamat pengantin baru Shahir & isteri nya.. “
” Akhirnya, alahai manis betul orang rumah Shahir. Selamat hari lahir Shahir, semoga segala yang dihajati akan dimakbulkan.. “
” Putih gebu wife Shahir, nampak lembah lembut sopan sangat. Semoga masjid yang dibina ini akan berkekalan.. “
Nampak wajah Shahir penuh bahagia berada di sisi isteri tersayang. Apa-apa pun, di kesempatan ini juga, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir dan selamat pengantin baru kepada Shahir. Semoga Shahir dan isteri diberikan kebahagiaan dunia serta akh1rat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm976, shahirzawawi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..