” Budak kecik ni pandai betul menghayati makanan, hehe.. ” – Netizen
Video Terbaru Anak Maryam You Narae, Rina Sedang Makan Samgaetang Buat Ramai Terhibur. Amboi Rina, Berselera Sungguh Dia Makan. Sampai Bersih Dan Licin, Tinggal Tulang Jer. Mesti Omma Masak Sedap Ni !!
Rina merupakan anak kepada pasangan personaliti media yang memiliki siaran Youtube mereka sendiri, DurianKimchi iaitu Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae. Sudah berusia setahun pada bulan 10 baru-baru ini, kini Rina sudah pandai makan sendiri serta belajar mengenal pelbagai jenis makanan.
Bagi yang mengikuti Maryam di akaun Instagram pasti mengetahui yang Maryam sering membuat memuatnaik video bersama Rina. Terbaru Maryam berkongsi video Rina sedang menjamu selera menerusi akaun Instagram duriankimchijunior.
Kelihatan Rina sedang memegang paha ayam dan makan sendiri dengan penuh berselera. Di ruangan kapsyen, Maryam mengatakan ini pertama kali membuat masakan ‘ Samgaetang ‘ buat Rina dan Rina sangat menyukainya.
Difahamkan masakan Samgaetang itu sebenarnya adalah masakan tradisional Korea iaitu sup ayam ginseng. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka memuji kecomelan Rina sedang menjamu selera. Antara komen-komen menarik adalah :
” Budak kecik ni pandai betul menghayati makanan, hehe. Ger4m betul tengok Rina makan, kita pula jadi lapar, haha.. “
” Ya Allah pandainya baby Rina makan, baru umur 1 tahun nampak Rina ni memang bijak budaknya.. “
” Pandai Rina mkn, bersih licin, tinggal tulang je. Nanti Omma masak lagi tau, nampak Rina memang suka sangat tu.. “
” Sukanya lah dia, pandai lak tu mkn drumstick tu. Awat ka hang comeyyy sngt nie Rina, ger4mmmmm.. “
” Sukanya tengok Rina makan. Habis licin. Good girl lah Rina, auntie suka tengok video Rina makan tau.. “
” Wahhh pandai betul lah Rina makan, semuanya habis. Senang betul jaga budak macam ni, hehe.. “
” Pandainya Rina makan, berdikari btl. Macam nilah saya traine anak saya makan masa umur2 macam Rina.. “
Boleh dikatakan semua video Rina sedang makan memang nampak menyelerakan. Pandai Maryam menyediakan makanan yang sihat dan menarik buat Rina. Apa-apa pun semoga Rina terus membesar dengan sihat serta menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG duriankhimchijunior
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..