” Buat perangai Jep ni. Tak menyakat tu bukan Jep laaa.. “

Aksi Jep Sepahtu Sp0ilkan Ucapan Tahun Baru Rahim Buat Peminat Ketawa Besar. Alahai Jep Ada Sahaja Agenda. Serius Kelakar !!

Siapa tidak kenal pelawak Jep Sepahtu dan Rahim R2 atau dikenali Rahim Sepahtu. Kedua-dua pelawak ini pernah bergabung di atas pentas Maharaja Lawak Mega 2013 sebagai projek istimewa mereka. Keserasian mereka di atas pentas membuat lawak jenaka bersahaja berjaya menawan hati peminat.

Karier seni mereka semakin melebar apabila ditawarkan menjadi penyampai radio Sinar FM pada tahun 2015 dan kekal mengacara segmen Pagi Di Sinar sehingga ke hari ini. Keakraban Jep dan Rahim sememangnya diketahui umum.

Tambahan lagi gelagat Jep yang suka menyakat Rahim membuatkan konti Sinar FM kec0h dan gamat setiap kali siarannya. Bukan hanya dikonti, malahan hubungan baik mereka juga teserlah di dalam kehidupan peribadi mereka di mana mereka sering melakukan aktiviti outing keluarga dan kawan-kawan bersama-sama.

Menerusi akaun Instagram sinar_my, telah dikongsikan satu keratan video di mana Rahim sedang memberikan ucapan tahun baru buat semua peminatnya. Namun yang melucukan aksi Jep Sepahtu yang tak pernah habis menyakat Rahim. Di mana saja tak kira masa, jenaka tetap on si Jep ni.

Jom tonton video di bawah :

” Hahahaha. Adoi @jepsepahtu ni, @rahimr2 tengah bagi ucapan tahun baru 2020, dia saja je pergi order kuat-kuat. #Sinarkongsi #pagidisinar.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan telatah Jep itu. Antara komen-komen netizen :

” Hahahaaa… Si0t arr.. “

” Perangai @jepsepahtu.. Tak menyakat tu bukan jep laaa.. “

” Layannn jerrrr .. “

” Time tu lah dia nak order hihihi.. “

” Yang tukang order tuh wathalll la… “

” Hahaha alaaaa dia order pulaakk.. “

” Hahahahaha… Tak boleh dok diam sungguh.. “

Sudah jadi kebiasaan Jep pasti akan menyakat Rahim tak kira masa. Ini bukanlah kali pertama, malahan sudah berkali-kali aksi Jep menyakat Rahim dikongsikan. Adui kesian Rahim kena redha sahaja ada sahabat penyakat macam Jep ini.

Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya kepada Rahim dan Jep, semoga 2020 membawa sinar yang lebih begemerlapan di dalam karier seni. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG sinar_my by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..