” Buat hal betul lah Nabil, haha.. ” – Netizen

Video Namie Menyanyi Bersama Busking Di Ibu Kota Raih Perhatian Warganet. Wah Padu Lah Suara Namie. Tapi Part Nabil Ahmad Bagi Duit Busking Dekat Orang Tu Memang Kelakar Lah. Ad0i Nabil Ni, Buat Hal Lah !!

Nama Namie kian menjadi sebutan ramai apatah lagi sejak menjadi peserta Muzikal Lawak Superstar baru-baru ini di mana dirinya bergandingan bersama Fad Bocey dan Sharif Zero serta mereka telah menjuarai pertandingan tersebut.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Era telah berkongsi video yang memaparkan Busking Era.fm telah ke satu lokasi di ibu negara untuk menyanyi. Dalam video itu, Namie turut serta bersama dan menyanyikan sebuah lagu.

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memuji suara Namie yang merupakan bekas guru ini merdu dan mampu mengeluarkan single kerana Namie begitu berbakat dalam bidang seni suara.

Selain Namie, kelihatan Nabil Ahmad, Pak Azad dan Radin ada bersama memeriahkan suasana di sana. Sehingga kini, video Namie menyanyi telah mendapat lebih 17 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Woww mantul lah suara Namie.

Jom tonton video di bawah ini :

Selain menyukai nyanyian Namie, rata-ratanya terhibur melihat telatah Nabil yang telah memberikan duit busking kepada orang ramai. Antara komen-komen menarik adalah :

” Cikgu music biasa laa, mesti pandai nyanyi. Tapi padu suara Namie, mana tahu nanti ada rezeki buat single.. “

” Buat hal betul lah Nabil, haha. Ker4s perut aku tengok perang4i Nabil ni. Memang lawak betul, haha.. “

” Namie, bekas solo nasyid Kebangsaan Irsyadul, terbaik. Patut semalam nampak macam ramai orang, rupanya ada artis turun rupanya.. “

” Best lagu sedap suara Namie, ramai betul nampak orang tengok Namie nyanyi. Hahaha Nabil apasal ko bagi duit busking tu ha, haha.. “

” Nami ni boleh di bawa ke pentas Big stage musim depan, nampak ada bakat. Hahaha jangan ambik wallet Nabil sekali.. “

” Sedekah betul tu Haji Nabil, hahaha. Tapi last2 Nabil memang bagi duit, murah rezeki Nabil lepas ni.. “

” Hahaha tingt0ng betul lah Haji Nabil, memang memeriahkan suasana. Tak cukup atas pentas gegar vaganza, dkt sini pun buat lawak.. “

Alahai Nabil, kalau tak buat hal memang tak sah, ada sahaja perang4i kelakar dibuatnya. Apa-apa pun semoga selepas ini bintang Namie akan terus bersinar dalam dunia seni dan segala urusan Namie akan dipermudahkan. Good luck Namie..

Silakan SHARE..

Sumber : IG era.je, namiesmy

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..