” Bin atau binti ? Khuns4 ke ? “
Terima Komen Negat1f Netizen, Amar Baharin Bagi Respon Ped4s. Kan Dah Malu Sendiri. Terbaik Amar !!
Pelakon kacak bergaya Amar Baharin sudah mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Aura wajahnya yang memukau dan bakat lakonannya yang berkesan membuatkan beliau menjadi tumpuan peminat. Sekalipun sudah berumahtangga namun popularitinya masih utuh.
Amar telahpun mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya, aktress jelita Amyra Rosli. Hubungan baik mereka yang terjalin setelah bergandingan di dalam drama Suamiku Encik Sotong akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.
Tanggal 11 November 2016 menjadi saksi penyatuan merpati dua sejoli ini. Hasil ikatan ini, Amar telahpun dikurniakan sepasang cahayamata bernama Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa. Anaqi dilahirkan pada 15 Oktober 2017 manakala Aryssa pula pada 1 Februari 2020 yang lalu.
Menerusi akaun Instagram, Amar Baharin telah berkongsikan sekeping gambar anak-anaknya Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa. Kapsyennya yang memanjatkan kesyukuran kerana sudah mempunyai sepasang anak. Namun lain jadinya apabila ayatnya itu disalah faham oleh netizen. Aduhai macam-macam !
Jom baca kapsyen di bawah :
” Tak sangka dah ada bin & binti AMAR #alhamdulillah.. @aqeefanaqi @ayraaryssa.. ”
Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :
” Apa yang susah sangat nak faham ni dik ??? Dah ada Bin & Binti Bermaksud @amarbaharin dah mempunyai anak sepasang , lelaki dan perempuan… “
” Abang dia dah nampak besar bila ada baby kecik.. “
” Tahniah sekali lagi abang amar & kak myra.. “
” Aqeef anaqi tenung adik sungguh.. Sayangnya dia kat adik.. “
” Tahniah amar and amyra . Sepasang dah . Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.. “
” Eyebag jaga adek ke tu abang anaqi… “
Namun ada juga yang tersalah faham ayat Amar itu, namun jawapan Amar sangat sopan dan beradab :
Macam-macam pemahaman walaupun cuma dengan sebaris ayat. Bersabarlah Amar. Apa pun Anaqi dan Aryssa comel sangat. Nampak sayang sangat Anaqi pada adiknya itu. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Amar sekeluarga sentiasa dilindungi oleh Allah dan berbahagia selalu hendaknya.. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Amar Baharin by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..