” Par4h sangat dah dua beranak ni. Pagi-pagi dah bertiktok.. “

Wawa Zainal Cur1-Cur1 Rakam Aksi Aeril Zafrel Dan Hayla Bermain Tik Tok. Amboi Part Gelek Tu Bukan Main Yer Aeril. Kuss Semangat, Bapak Sama Naik Dengan Anak !!!

Pasangan pelakon kacak jelita, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bukan nama baru di dalam industri hiburan. Mereka yang sudah membina nama tersendiri sebaris dengan pelakon hebat lain di Malaysia. Pasangan ini pernah berlakon bersama di dalam filem 99 Kali Rindu sememangnya mempunyai bakat lakonan yang hebat.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa binti Zainal Abidin dilahirkan di Lahad Datu Sabah manakala Aeril pula merupakan anak kelahiran Johor. Mereka melangsungkan perkahwinan pada tahun 2013. Menerusi perkahwinan ini, mereka dikurniakan tiga orang cahayamata comel.

Anak-anak comel ini diberi nama Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Ayya Soffya. Anaknya Hayla sememangnya amat rapat dengan Aeril dan ini boleh dilihat melalui perkongsian di akaun sosial Instagram mereka.

Menerusi akaun Instagram, Wawa Zainal telah berkongsikan satu video di mana kelihatan suaminya Aeril Zafrel sedang asyik bermain Tik Tok bersama anak perempuannya Hayla. Melucukan kerana Wawa merakamkannya secara sembunyi. Gelagat joget Aeril dan Hayla tu mak aiii bukan main lagi goyangnya.

Jom tonton video di bawah :

” Par4h sangat da dua beranak ni.. Pagi-pagi da bertiktok @aeril_zafrel.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :

” Kemain gelek bapaknya.. “

” Kemain lembut badan ayah bergelek.. “

” Tak boleh belahnya, cameraman pun dangdut sekali.. “

” Hari itu maknya ni bapaknya pulak.. Layann.. “

” Pagi dah buat tergelak.. So comei hayla.. “

” Perangaaaiii sangattt @aeril_zafrel . Cakap orang.. Dia pun samaaa!!! Hahahahah.. “

Kelakar betul tengok gaya dua beranak ni. Aeril pun bukan main lagi gelek sakan. Seronok tengok Aeril melayan Hayla macam kawan-kawan gituu. Memang keluarga paling ceria lah. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aeril sekeluarga sentiasa berbahagia dan dilindungi Allah selalu.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Wawa Zainal by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..