” Bila tengok Nabil start nangis pastu lambai tangan kat Neelofa, ya Allah sedih sangat.. “

Ucapan Terakhir Neelofa Di MeleT0P Buat Penonton Dan Nabil Sebak. Part Nabil Lap Air Mata Tu Paling Sedih !!

Semestinya, rakyat Malaysia sudah mengetahui, bahawa rancangan hiburan, MeleT0P dikendalikan oleh pasangan serasi bersama iaitu, Neelofa dan Nabil Ahmad. Mereka berdua cukup sinonim dengan program itu sehinggakan tiada sesiapa pun yang dapat menandingi gandingan mereka berdua.

Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Baru-baru ini, usahawan terkenal iaitu Neelofa telah mengumumkan bahawa beliau telah mengundurkan diri daripada rancangan hiburan popular MeleT0P dan sekali gus telah menjawab spekulasi ramai selpas mendengar desas-desus sebelum ini menyatakan bahawa Neelofa bakal menarik diri selepas tujuh tahun bersama rancangan itu.

Rancangan hiburan  MeleT0P itu mula diterbitkan sejak tahun 2012 dengan kehadiran Neelofa dan pasangan pengacaranya , Nabil Ahmad memberi impak yang besar dalam program tersebut. Selain daripada itu, peminat juga bersed1h dengan penarikan diri Neelofa dari program itu dan tertanya-tanya siapakah yang bakal menggantikan tempat Neelofa di samping Nabil.

Menerusi Instagram, MeleT0P telah berkongsi banyak video tentang Neelofa pada saat terakhir beliau mengendalikan rancangan hiburan itu semalam. Turut dikongsi ialah ucapan terakhir dari Neelofa buat rancangan tersebut serta rakan seperjuangannya iaitu Nabil Ahmad. Kelihatan Nabil menahan sebak dan turut bersedih di hari terakhir Neelofa.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah :

” Kata-kata akhir Neelofa untuk MeleT0P.. Thank you Neelofa !.. #MeleT0P.. #ThankYouLofa.. #TanyaLofa.. “

Rata-rata peminat turut bersedih dengan ucapan terakhir Neelofa itu. Antara komen-komen tersebut :

” Nabil tahan nangis.. “

” Aku nangissss.. “

” Akuu nangiss part nie lagi2 bila tgk nabil start nangis pastu nabil lambai tangan kat neelofa ya Allah sedihhh sgt.. “

” Setiap permulaan pasti ada pengakhiran.. “

” Nabil try so hard not to cry but…. “

” Kak lofa last malam nie, part last smpai kuar airmata.. “

Aduhh.. turut merasa sedih.. Selama 7 tahun bergandingan bersama mengacarakan program MeleT0P sudah tentu buatkan Nabil turut merasa kehilangan. Lebih-lebih lagi beliau dan Neelofa turut berkawan rapat. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya buat Neelofa semoga segala impian tercapai, dan buat Nabil, jangan bersedih-sedih !!

Sila tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE.

Sumber : IG MeleT0P,  Youtube MeleT0P by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..