” Bila dapat usap pegang tangan bidadari dicintai. Rindunya Allah jer yang tahu.. “
Perkongsian Ustaz Ebit Lew Buat Ramai Suami Terkedu. Cinta Ilahi Cinta Abadi Sweetnya !!
Ustaz Ebit Lew seorang pendakwah terkenal dan penceramah motivasi bukan lah suatu nama asing. Hampir semua golongan mengenali namanya dek kerana cara dakwahnya yang halus dan lembut. Tutur katanya yang tersusun indah disertakan intonasi suara yang lembut boleh membuatkan sesiapa sahaja terkesima.
Seringkali mengadakan program keluarga sunnah, motivasinya dalam membina keluarga yang diredhai Allah sesungguhnya sering mendapat perhatian peminat. Cara dakwahnya bukan sahaja melalui ceramah-ceramahnya malah juga ditunjukkan dalam kehidupan hariannya terutamanya ketika bersama isteri tercintanya.
Seringkali memanggil isterinya sebagai bidadariku, sememangnya Ustaz Ebit melayani dan menyantuni isterinya itu dengan penuh keikhlasan. Caranya menghargai setiap pengorbanan dan titik peluh isterinya dalam menguruskan rumahtangga dan anak-anak sering menjadi inspirasi dan panduan untuk pasangan suami isteri yang lain.
Menerusi akaun Instagram, Ustaz Ebit berkongsikan video dimana beliau memegang erat tangan bidadarinya iaitu isterinya yang tercinta. Terasa betapa kuatnya ikatan kasih sayang di antara mereka walaupun hanya di dalam video. Beruntung isteri Ustaz Ebit ada suami yang menghargai dan menyayangi sepenuh jiwa.
Jom baca perkongsian Ustaz Ebit Lew di bawah :
” Abang kenapa pegang tangan bidadari sayang?.. “
” Sebab tangan ini diamanahkan Allah dari hari akad nikah. Abang nak pegang sampai syurga. Tak nak lepas sampai bila-bila. Walau mat1 tak p1sahkan kita insyaAllah. Nak bercinta sampai bila-bila. Cinta buat selamanya sampai syurga kekal abadi. Cinta ilahi. Cinta abadi.. “
” Nak tahu tak sayang bidadariku ? Bila dapat usap pegang tangan bidadari dicintai. Rindunya Allah jer yang tahu.. “
” Bahagia walau sekejap dapat bawa bidadari pergi makan diluar sebelum sambung berdakwah. Memegang tangan tapi rasanya sampai hati. Memegang tangannya dapat pahala. Dosa bergug0ran.. “
” Tangan yang penat membantu diriku dalam dakwah ini. Menguruskan keluarga. Menjaga anak-anak. Saat dem4m pen1ng bidadariku ini kini menemani dan melayan kerenah diri ini. Di luar macam kuat berju4ng. Di rumah cuma seorang suami yang manja rindu padanya.. “
” Terima kaseh Allah. Syukur pada Allah. Alhamdulillah. Ya Allah begitu besar nikmat anugerahmu ini.. “
” Bila letak tangan ke pipi usap rasa bahagia. Terasa segar muka. Hargailah isteri bidadari kita. Mereka kuat. Hebat. Allah beri ketabahan dan kekuatan yang benar takde pada saya walau seorang lelaki. I love u sayang. Rindu.. “
” Saya doakan kita semua bahagia bersama bidadari pasangan yang halal buat kita. Buat yang belum bertemu jodoh Allah beri jodoh yang baik. Buat yang masih sekolah, habiskan sekolah dulu. Yang bercinta tunggu nikah yer. Bahagia bila taat Allah dan bawa sunnah.. “
Rata-rata netizen berasa amat kagum dengan sikap Ustaz Ebit melayani isterinya itu. Antara komen-komen netizen :
” Sejuk dingin jer rasa, sayu.. “
” Alhamdulilah, sweetnye ustaz dengan wife, semoga bahagia sampai ke syurga.. “
” Ala so sweet, orang dakwah memang macamni mostly sangat ikram isteri. Ikut sunnah nabi SAW.. “
” Moga saya dapat bina keluarga macam ustaz.. “
” Suami yg soleh tak prnah malu pegang isteri sampai mat1 walaupun isterinya dah bur0k.. “
” Isteri ustaz adalah insan yang paling bertuah sebab dapat ustaz sebagai suami nya.. “
” Terharu saya ustaz.. Cinta Ilahi. Cinta abadi kekal sampai ke syurga.. “
Betapa bahagianya hati seorang isteri jika dilayan dimanja sebegini rupa. Layan Ustaz Ebit Lew sememangnya sentiasa menjadi inspirasi buat semua pasangan lain untuk membina keluarga sunnah dan bahagia. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Ustaz Ebit diberi kesihatan dan kebahagiaan yang berkekalan hingga ke jannah. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ebit Lew by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..