” Please please please, kamu angan akal. So cute la awak nih.. “

Video Anak Alif Satar, Ariana Mendodoikan Adiknya, Ali Dengan Lagu Bapanya ‘ Jangan Nakal ‘ Menghiburkan Netizen. Namun Si Adik Macam Tak Suka Je. Dari Elok Diam Terus Menang1s. Alahai, Ger4mnya !!

Penyanyi, pelakon dan juga pengacara yang begitu berbakat iaitu Alif Satar  mula dikenali selepas berjaya mendapat tempat ketiga dalam rancangan realiti TV ‘One in a Million’ pada musim pertama. Pada waktu itu, beliau baru berusia 16 tahun. Nama sebenar Alif ialah Muhammad Alif bin Mohd Satar .

Alif mula berlakon pada usia 14 tahun di dalam produksi West End London untuk teater muzikal Peter Pan The L0st Boys. Manakala lakonan pertama beliau untuk drama adalah menerusi drama Suria di Cordoba. Alif juga aktif dalam dunia pengacaraan. Antaranya rancangan Anugerah Juara Lagu (AJL) di TV3.

Alif telah menamatkan zaman bujangnya pada 15 September 2014 dengan wanita pilihan hatinya yang juga merupakan pengurusnya, Sha Dila Halid. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu dua orang perempuan bernama Alisha Anugerah dan Ariana Mecca serta seorang lelaki bernama Ali.

Menerusi akaun Instagram, satu video dikongsi memaparkan anak Alif Satar, Ariana mendodoikan adiknya, Ali. Ariana menyanyikan lagu bapanya iaitu ‘ Jangan Nakal’ sambil menep0k-nep0k adiknya. Ali yang pada asalnya elok sahaja diam kemudiannya menangis tidak mahu didodoi.

Tonton video di bawah :

” Turn Kakak Ariana pulak nak dodoikan ‘Ali… tapi ni terbalik, dari budak tu elok-elok diam, terus dia nangis.. “

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat dua adik-beradik ini. Antara komen-komen mereka :

” Sesungguhnya repeat byk kali apsal cute sgt ni.. “

” Kakak ni syokk sndri nii…. hahahahhaaa… “

” Dia hayati lagu bukan nak dodoi.. “

” Hahaah bila ‘Ali nangis ariana mcm i dont careeeee.. “

” Aduiii… lagu bapak nya untuk dodoi kan adik.. “

” Alahaiii comel kakak dodoi adik.. walau adik nagis tetap di dodoikan…… Siap tepuk lagi.. Napa cute sgt ni.. “

” Hahahahah kakak dodoi ali lagu “jangan nakal”.. lagi segar la adik tu kakak.. haha.. “

” Please please please.. kamu angan akal so cute la awak nih.. “

” Muka tetap nak nyanyi, tak kisah dgn ‘Ali dah merengek. confident sgt tu kakak Ariana.. “

Alahai, comel sungguh anak-anak Alif ni terutamanya Ali yang begitu temb4m dan comel sangat. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga ketiga-tiga anak Alif membesar menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi anak yang membanggakan kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shadila Halid by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..