” Bijaknya Wira, anak soleh ni.. ” – Netizen

Video Anak Betty Rahmad, Ardy Wira Membaca Iqra Raih Pujian Peminat. Hebat Lah Wira, Part Wira ‘ Mengajar’ Mummy Dan Daddy Tu Memang Comel Jer, Semoga Wira Membesar Menjadi Anak Yang Soleh !!

Bagi yang mengikuti perkembangan Betty Rahmad di Instagram, pasti tahu dia juga sering berkongsi video mengenai anaknya, Ardy Wira yang kini telah pun berusia 2 tahun lebih. Malah untuk makluman si kecil ini juga mempunyai ramai peminat yang setia mengikuti perkembangannya.

Terbaru, Betty telah memuatnaik satu video di Instagram yang memaparkan Wira sedang membaca Iqra. Perkongsian video itu telah mendapat perhatian ramai. Manakan tidak, kelihatan Wira telah fasih membaca Iqra.

Selain itu, tulis Betty di posting bahawa Wira telah selesai habis membaca buku Iqra 1 dan memohon agar anaknya itu terus terang hati untuk terus mempelajari bacaan Iqra. Manakala video kedua pula, kedengaran Wira membaca Iqra dan turut mengikut membacanya adalah Betty serta suaminya.

Sesudah selesai membaca Iqra, Betty dan suaminya mengucapkan terima kasih kepada Wira dengan berkata ‘ terima kasih ustaz’. Hingga kini, perkongsian video oleh Betty itu telah mendapat lebih 11 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video oleh Betty dan memuji kepintaran Wira yang sudah pandai membaca Iqra meskipun usianya baru 2 tahun lebih. Antara komen-komen menarik adalah :

” Anak soleh mommy daddy. InsyaAllah.. ” – Nora Danish

” Pandai Masyaa’Allah.. ” – Mawar Rashid

” Anak soleh ni. Suka tengok cara Betty asuh Wira. Semoga Wira membesar jadi anak yang baik, bijak dan taat kepada kedua orang tuanya.. “

” Nk nang1ss opah tgk bidio wira yg cerdik sgttt ni, tahniah mummy yg gigih & tak jemu ajar Wira. Tringt seseorg penah berkata, ilmu Alquran yg diajar seniri oleh ibu, lebih baik dri org lain.. “

” Alhamdulillah syukur, Wira memang anak yang bijak. Semuga menjadi anak yg soleh berjaya di dunia and akhirat, Aamiin. 

” Bijaknya dia, alahai dah lah pandai bercakap, baca Iqra pun pandai. Sejuk perut mummy mengandung Wira.. “

” Good job Wira, video last tu comel, hehe pak ustaz mengajar mummy dan daddy baca Iqra ye, alhamdulillah bijak betul Wira ni.. “

Alahai bijak betul lah Wira, patutlah ramai yang puji. Comel tengok Wira belajar Iqra bersama mummy dan daddy. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga Ardy Wira akan terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Betty Rahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK /CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..