” Bidadari teragung Areesya Malaykha.. “
Azrinaz Mazhar Belanja Video Majlis Aqiqah Puterinya Bertemakan Kayangan Buat Peminat Terkesima. Mewah Giler !!
Siapa tidak kenal Azrinaz Mazhar Hakim, kelibat dan suaranya sering didengari penonton di TV3 suatu masa dahulu. Bekas wartawan dan pembaca berita ini memiliki aura tersendiri yang mampu menarik perhatian penonton. Buletin Pagi TV3 , Berita Terkini dan Buletin 1.30 merupakan segmen yang dipertanggungjawabkan kepadanya semasa berkhidmat di TV3.
Pernah melangsungkan perkahwinan bersama Sultan Brunei pada Ogos 2005 namun ikatan mereka terlerai di tengah jalan. Hasil perkahwinan ini , Azrinaz dikurniakan dua orang cahayamata diberi nama Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Azrinaz kemudiannya dilamar oleh teman lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid dan mereka diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah pada 11 Mei 2018. Pada 15 Disember yang lalu, Azrinaz selamat melahirkan seorang cahayamata perempuan dengan beratnya 2.75 kilogram. Bayi perempuan ini diberi nama Areesya Malaykha.
Menerusi akaun Instagram, Azrinaz memuatnaik satu video istimewa yang memaparkan keseluruhan saat manis semasa majlis aqiqah puterinya Areesya Malaykha. Begitu indah umpama berada di alam kayangan. Terpesona mata sesuai dengan tema yang dipilih.
Jom tengok video dibawah :
” Special moments during #AreesyaMalaykha ‘s cuk0r jambul & Aqiqah event last week.. “
” I hope everyone went back with magical sweet memories.. “
” Terima kasih daun keladi, doakan kami ada anak lagi, dan murah rezeki supaya tahun depan dapat jumpa lagi #cukurjambul #aqiqah #precious #daughter #baby.. “
Rata-rata peminat nyata terpegun dan kagum dengan kesungguhan Azrinaz untuk mencipta sebuah kenangan indah buat puterinya itu. Antara komen-komen peminat :
” Good girl sangat Malaykha masa majlis berlangsung.. “
” So grand and fairy tale like. Trust you to orchestrate an indescribably beautiful event. Cantik sangat. Semoga hajat nak anak ramai dikurniakan Allah swt.. “
” Beautiful… Such a beautiful joy there you’ve got… “
” Tahniah Cik Puan, Cantiknya Cik Puan dan suami serta Areesya. Memori paling indah. Semoga bahagia hingga ke syurga. Aamiin.. “
” Tahniah Cik Puan…. Terkasima saya tengok.. Wowww sangat-sangat.. “
” Alhamdulillah jadilah seorang anak yang solehah wahai Areesya Malaykha si bidadari teragung.. “
Pastinya semua yang hadir secara langsung di majlis itu berasa seperti berada di alam kayangan sebagaimana temanya itu. Segala dekorasi, hidangan malahan sinaran lampu dan muzik yang mengiringi nyata membuatkan majlis ini bertambah meriah. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Azrinaz sekeluarga diberi nikmat kebahagiaan yang berpanjangan dan moga dikurniakan anak yang ramai seperti diinginkan… Aamin
Silakan SHARE..
Sumber : IG Azrinaz Mazhar Hakim by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..