” Bidadari dari syurga ke ni.. “
Alyah Kongsi Gambarnya Berpakaian Bak Puteri Dari Kayangan Menjadi Perhatian Netizen. Wow, Memang Melet0p Habis. Dah Macam Che Ta !!
Penyanyi pop terkenal di Malaysia iaitu Alyah bergiat aktif dalam dunia seni sejak tahun 2000. Pada ketika itu, beliau berusia 19 tahun. Nama sebenar Alyah ialah Noor Hasliah Abu Hasan mula dikenali ramai pada tahun 2008 menerusi lagu hits Tak Mungkin Kerana Sayang.
Alyah pernah menyertai Pertandingan Asia Bagus dan menjadi Naib Juara. Pertandingan itu berlangsung di Jakarta pada tahun 1998 ketika beliau masih berusia 17 tahun. Bakat Alyah dikesan menerusi pertandingan Bintang HMI pada tahun 2000 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menobatkan beliau sebagai juara.
Alyah telah berkahwin dengan seorang pengarah muzik terkenal iaitu Dato’ Ramli M.S. pada 18 Mac 2013 di Indonesia. Pada awalnya mereka merahsiakan perkahwinan mereka selama satu tahun lima bulan sebelum dihidu oleh pihak media. Melalui perkahwinan ini Alyah kini bergelar Datin.
Menerusi entri terbaru akaun Instagram, Alyah berkongsi gambarnya berada di Istanbul, Turkey. Alyah memakai gaun berwarna hijau yang begitu melet0p sekali. Alyah dikhabarkan sedang menjalani pengambaran ketika berada di sana. Wahhh serius cantik sungguh Alyah !!
” @zaimizulkafli X @alyahfragrance “
Rata-rata netizen memuji pakaian yang dipakai oleh Alyah yang begitu cantik sekali. Antara komen-komen mereka :
” Bidadari dari syurga ke ni.. “
” Lawa sgt2 Jah.. The background compliment ur dress.. “
” Terpegun tgk datin berdiri atas air ke tu.. So amazing ur dress.. “
” Wow.. Melet0p.. “
” Tu dia.. Ternganga org sana tgk depa.. Elok aihh.. “
” Kenapa cantik sgt ni.. “
Sememangnya pakaian yang dipakai oleh Alyah begitu cantik sekali. Pasti banyak mata-mata orang di sana terpegun melihat Alyah. Semoga Alyah terus maju dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi termasuk juga bidang hiburan tanah air.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Alyah by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..