” Awak tak pernah tak cute.. “

Dato’ Siti Nurhaliza Kongsikan Gambar Aafiyah Sedang Lepak Santai Di Kerusi, Namun Aksi Dan Muka Cheeky Aafiyah Jadi Tumpuan. Anak Ayah Betul Ni !!

Pemilik nama Siti Aafiyah Khalid ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Anak kepada pasangan sensasi, Dato Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid ini nyata mempunyai auranya tersendiri. Jika dilihat hampir kesemua posting berkaitan Aafiyah mendapat perhatian khusus peminat dan sering dikongsikan dilaman sosial masing-masing.

Aafiyah cahaya kebahagiaan dan kegembiraan pasangan ini sudahpun berumur setahun pada 19 Mac yang lalu. Saban hari, Aafiyah dilihat membesar dengan sempurna dan menjadi semakin bijaksana. Tidak mempunyai ragam yang pelik dan mudah diuruskan menjadi bonus buat Dato Siti Nurhaliza.

Dikurniakan cahayamata yang sempurna, cukup sifatnya ditambah kecomelan dan kepetahannya yang semakin terserlah menjadikan pasangan ini pasangan yang paling bahagia. Kebahagiaan yang mampu dilihat dengan pandangan mata dan cara mereka berkasih sayang.

Menerusi akaun Instagram, Dato Siti Nurhaliza telah berkongsikan beberapa keping gambar anaknya Aafiyah yang sedang duduk di atas sebuah kerusi tertera huruf K yang besar. Menariknya ada maksud rupanya disebalik huruf K itu. Comel sangat anak dan ibu ni.

Jom baca kapsyen di bawah :

” K for Khalid .. Khalid is my King.. “

Rata-rata netizen teruja melihat wajah comel Aafiyah ini. Antara komen-komen netizen :

” Comeyyyy.. “

” Awak tak penah tak cutee.. “

” Kejap dah besar… Membesar dengan bijak ya.. “

” Comel macam ayah dia.. “

” Comel comel ni Aafiyah.. “

” Comelnyer Aafiyah .. Happy new year..

” Tersangattla comel la kamu afiyah.. “

” Comelnye. Makin besar keletah dan bijak.. “

” Comel sangat sangat laa Aafiyah anak ibu nii… “

” She looks so cheeky.. “

” S for Siti.. Siti is my sweetheart said Aafiyah.. “

Melihat senyum Aafiyah sahaja dah cukup membuatkan netizen naik ger4m. Manakan tidak, sekali pandang , comelnya manisnya tak tumpah wajah ibunya Dato Siti Nurhaliza. Tambahan lagi dengan lagak pandainya sekarang lagi membuatkan Aafiyah kelihatan over kiut. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aafiyah membesar dengan bijak dan dilindungi Allah selalu. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan.