” Besar dah anak dar4 Fitri. Alhamdulillah Bilal dah jumpa kakak Sofea.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Dr Fitri Haris Bertemu Kembali Puterinya, Sofea Solehah Setelah 2 Tahun Berp1sah. Dah Besar Sofea, Makin Manis Wajahnya. Alhamdulillah Akhirnya Sofea Dah Boleh Jumpa Adik Bilal !!

Pernah bergelar penyanyi nasyid UNIC dahulu, Dr Fitri Haris antara wajah yang disukai ramai suatu ketika dahulu. Bergelar suami kepada pengurusnya sendiri bernama El, masing-masing mempunyai seorang anak hasil pernikahan terdahulu.

Sebelum ini, Fitri ada berkongsikan cerita di mana 16 Mac genaplah 2 tahun Fitri berp1sah dengan anaknya, Sofea Solehah. Dek kerana Sofea tinggal di Singapura dan sempadan negara tidak dibuka, kerinduan bersarang di hatinya untuk bertemu anak tersayang.

Meninjau akaun Instagram Dr Fitri Haris, telah dikongsikan gambar-gambar pertemuan kembali Fitri dan Sofea. Fitri telah berangkat ke Singapura menaiki bas bersama El dan 2 orang anak mereka, Bilal dan Qhalish Rayyan.

Alhamdulilllah, sempat berbuka puasa bersama-sama, Fitri juga bercerita Sofea sempat terlena di pangkuannya. Iyelah bertahun-tahun tidak bertemu, pastinya masa dan kesempatan yang ada digunakan sehabis-habisnya untuk melepaskan rindu.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Terpancar kegembiraan pada semua wajah-wajah ahli keluarga ini. Perkongsian ini telahpun mendapat perhatian daripada peminat dan antara komen-komen mereka :

” Besar dah Sofea, umur berapa dah dia sekarang Dr Fitri. Betul betul nampak iras 3 beradik ni ya. Semoga Allah kurniakan sakinah mawaddah warahmah dalam keluarga kalian.. “

” Alhamdulillah, last jumpa sofea 11 tahun lepas. Bila Kak An tengok Aisyah dan Maryam, dapat bayangkan yang sofea dan dewasa. Moga Sofea berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.. “

” Gambar ke 2 tu duk perhati Bilal tu buat apa dekat telinga abang dia haha. Besar dah anak dar4 Fitri. Alhamdulillah.. “

” Bilal buat apa tu dekat abang dia. Bilal mengusik abang haha. Alhamdulillah, Sofea dah 15 tahun kan. Cantik anak Dr Fitri.. “

” Alhamdulillah Bilal dah jumpa kakak Sofea. Makin manis Sofea sekarang. Bilal pun makin handsome. Semua anak lawa dan segak.. “

” Comelnya Sofea, alhamdulillah. Tahniah Dr Fitri, saya pun tengah menghitung hari. 2 tahun setengah tak jumpa mom dan adik beradik. Tak sabar nak sambut lebaran bersama nanti.. “

” Comelnya Muhammad Bilal tu, semoga sihat sihat selalu. Melt1ng nya tengok, semua happy akhirnya dapat berjumpa.. “

Insha Allah ada masa pasti Fitri akan bersua lagi dengan anakanda Sofea. Sofea dapat jumpa ayah, ibu dan adik-adik, itu sudah cukup menggembirakan. Semoga keluarga ini sentiasa dalam rahmat Allah dan gembira selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fitri Haris

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..