” Besaq gedabak bibiaq mami hang ucop oi.. “
Yusuf Iskandar Tunjuk Kehebatannya Menulis Dan Melukis Pada Hanis Zalikha. Bijak Sangat Tapi Part Muka Mommy Tu Kelakar Sungguh. Berdekah Ketawa Yusuf Oiii !!!
Siapa tidak mengenali si cilik comel Yusuf Iskandar. Si comel berkulit putih gebu ini merupakan anak kepada pasangan romantis Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Populariti ibu dan ayahnya membuatkan Yusuf turut terkena tempiasnya.
Yusuf dilahirkan pada 3 Jun 2016 dengan berat 3.85 kg. Seperti anak selebriti lain, Yusuf juga mempunyai akaun Instagramnya sendiri yang mana sehingga kini telahpun memiliki seramai 2.7 juta pengikut. Memang cukup popular Yusuf ni.
Yusuf kini semakin hari semakin menunjukkan kebijaksanaannya. Bukan sahaja petah bercakap di dalam bahasa Inggeris, Yusuf juga terkenal dengan sikap rendah diri dan sopan santunnya. Semuanya hasil didikan Hanis dan Hairul yang menjadi inspirasi ramai.
Menerusi akaun Instagram Yusuf Iskandar, telah dikongsikan satu rakaman video di mana kelihatan Hanis Zalikha sedang berbual bersama Yusuf. Yusuf yang sudah mula pandai menulis menunjukkan ejaan ‘mommy’ kepada ibunya itu. Namun part lukisan muka mommy buat netizen ketawa gel1 hati. Dah macam z0mbi kampung pisang ni !
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian ini. Antara komen-komen netizen :
” Pandainyaa saayang.. “
” Redho rambut mommy panjang dari babypian… Hihihi.. Semoga soleh yusuf sampai bebilerr.. “
” Belah tepi rambut mak dia.. “
” After this yusuf lukis mommy with hijab OK clever boy.. “
” Yeayyyyy pandai yusof. Rambut mommy camtu eh?.. “
” Hahahahha.. The moment Besaq gedabak bibiaq mami hang ucop oi you asked him is that me and he said yes.. I gelak kuat gil4.. Apasal rambut macam tu yusuf lukis.. “
” Alaa yusuf lukis gambar mommy.. Untuk umur macam yusuf dah kira lawalaaa tapi mommy dalam hati redha.. “
” Hahaha napa mommy jadi macam tu yusuf..”
” Besaq gedabak bibiaq mami hang ucop oi.. “
Pandai sungguh Yusuf ni menulis dan melukis. Walaupun lukisannya kelakar dan boleh buat gelak berdekah-dekah, namun sudah cukup bagus untuk anak sekecil ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Yusuf sentiasa dikurniakan kebijaksanaan dan menjadi anak kebanggaan ibu ayah. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Yusuf Iskandar by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..