” Bertabahlah kawen dalam banj1r, kalau VIP bentang red carpet, VVIP bentang red chair.. “
Video Pasangan Pengantin Buat Majlis Kahwin Dalam Banj1r Tarik Perhatian Ramai. Part Yang Jalan Atas Kerusi Tu Paling Rare !!
Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang menjadi tunjang bermulanya kehidupan sesebuah keluarga. Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam perkahwinan. Terutamanya, dalam majlis perkahwinan yang dikatakan memainkan peranan penting.
Setiap hujung tahun cuti persekolahan bermula, adalah masa yang paling sesuai untuk mengadakan majlis perkahwinan, lebih-lebih lagi kerana pada masa ini lah ramai dikalangan saudara-mara dapat bercuti untuk tolong menolong dalam hal urusan serta memeriahkan majlis tersebut.
Namun begitu, bagi negeri sebelah pantai timur, dihujung tahun sentiasa akan berlakunya banj1r di beberapa tempat. Bagi pasangan yang telah menetapkan tarikh untuk mengadakan majlis pada hujung tahun tidak akan dapat mengelak dari keadaan banj1r tersebut.
Persediaan untuk majlis telah disiapkan serta kad jemputan juga telah diedarkan, tapi apakan daya, kita merancang, Allah SWT yang tetapkan apa yang akan terjadi. Meskipun banj1r, majlis tetap diteruskan. Terkini, tular video sepasang pasangan pengantin yang melangsungkan majlis perkahwinan mereka dalam keadaan banj1r.
Menerusi video yang tular di media sosial tersebut, kelihatan pasangan tersebut sedang berjalan di atas kerusi yang telah disusun oleh orang ramai untuk masuk kedalam rumah. Layanan orang ramai kepada pasangan ini menarik perhatian penonton yang menonton video tersebut.
Lihat video viral pasangan pengantin tersebut di bawah :
” Akan menjadi sebuah kenangan manis bersama.. “
” Tanda rezeki selepas kahwin la tu.. “
” Kalau vip bentang red carpet, vvip bentang red chair.. “
” Sronok pula nmpk… bila teruna mmimpin tngn istri meniti atas kerusi masa nk msuk dlm umh.. “
” Baru btul dipanggil raja sehari jalan utk ke singgah sana pun rakyat jelata yg sediakan utk sehari jelah.. haha ..”
” Ni baru betul layanan macam raja. Ini tidak, raja asyik kene bawang je, asyik bergambar je, x lyn tetamu.. “
Alahai comelnya apabila melihat pasangan ini berjalan berpimpin tangan diatas kerusi. Tak mengapalah walaupun dalam keadaan banj1r macam ni pun, majlis berlangsung dengan sempurna dan akan menjadi satu kenangan yang manis. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak doakan semoga hubungan yang dibina ini kekal selamanya.. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sukan Star TV by berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..