” Bersihnya air muka, berseri-seri.. ” – Netizen

Penampilan Datin Lisa Surihani Tanpa Secalit Solekan Ketika Berada Di Tanah Suci Raih Perhatian Ramai. Cantiknya Lisa, Bersih Muka, Natural Beauty !!

Umum mengetahui yang Datin Lisa Surihani dan suaminya, Dato’ Yusry Abdul Halim kini berada di Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. Pasangan ini telah bertolak ke sana beberapa hari lepas dan perkongsian gambar terbaru di sana telah meraih perhatian ramai.

Lisa telah memuatnaik tiga keping gambar bersama suaminya di mana Lisa memakai telekung dan Yusry memakai ihram ketika berada di stesen keretapi. Apa yang telah mencur1 perhatian ialah wajah Lisa yang tetap cantik tanpa secalit solekan.

Ramai memuji kulit wajah Lisa yang nampak bersih serta berseri-seri. Penampilan Lisa ini membuatkan ramai peminat mendoakannya dan suami agar mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan mereka.

Perkongsian gambar daripada Lisa ini telah menerima lebih daripada 130 ribu tanda suka daripada warganet. Ramai yang suka melihat pasangan ini yang begitu humble walau ke mana sahaja mereka pergi.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai yang memuji wajah Lisa yang sememangnya memilki kecantikan semula jadi. Antara komen-komen yang diberikan :

” Putih suci berseri nya muka lisa… smoga one day sy pun dpt jejak kaki ksana.. knape awak cantik sangat .. senyuman pown manis. Alhamdulillah … Syukur Selalu … Aaminn2.. “

” Lisa ni cantik sgt natural beauty.. Apalah agaknya yer kebaikan yg Yusry lakukan sehingga Allah SWT kurniakan isteri yg solehah, cantik jelita & begitu menjaga agamanya.. “

” Bersih sebersih bersihnya air muka mu wahai lisa.. moga ada rezeki utk ku sekeluarga ke sana,Aamiin… “

” Alhamdulillah semoge mndpt umrah yg mabrur.. ini yg btl2 nmpk nk mengerjakan ibadah, lain plk tgk ade sorang artis tu.. g umrah mcm bercuti2 dgn kemewahan.. “

” Masya Allah, cahaya nur , semoga mendapat umrah yg Mabrur, dan menjadi wanita muslimah dan isteri solehah, I adore Lisa so much.. “

” Lisa terlalu bersderhana dlam penampilan, tetapi tetap anggun dan cantik. Aamiin Ya Allah.. semoga Istiqomah.. “

” Natural beauty semoga Allah permudahkan urusan lisa dan yusry aminnn.. ‎ lisa raut wajah tu bercahaya.. bersihnya air muka… berseri seri.. “

Kami di Berita Kopak juga mendoakan semoga urusan Lisa dan Yusry di sana dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur. Semoga urusan ibadah di sana berjalan lancar seperti yang dirancang. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lisa Surihani

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..