” Bersih dah mall di mop oleh Shariq. Cleaner dah boleh rest, haha.. ” – Netizen
Malas Untuk Berjalan Sendiri, Gelagat Emma Maembong Dan Suami Berjalan Sambil Mengheret Anak Mereka, Shariq Gabriel Di Mall Raih Perhatian Ramai. Alahai Buat Perangai Lagi Lah Shariq Ni, Hehe !!
Jika sebelum ini tular sebuah video yang memaparkan Emma Maembong berbaring di atas lantai bersama anaknya iaitu Shariq Gabriel kerana tidak mahu bangun, kini lain pula perangai Shariq yang menguj1 kesabaran Emma dan suaminya.
Meninjau ke akaun Instagram, Emma telah berkongsi sebuah video di mana ia dirakamkan di dalam sebuah pasaraya. Kali ini Shariq tidak mahu berjalan pula dan minta didukung. Di awal video Shariq sudah bergolek di lantai pasaraya tersebut.
Untuk tidak mahu melayan kerenah si kecil, Emma dan suami tetap memimpin Shariq sambil berjalan. Shariq tetap dengan sikapnya iaitu tidak mahu berjalan dan nampaknya dia seronok pula diheret sebegitu.
Gelagat ini telah membuatkan ramai terhibur dan pada ibu bapa yang mempunyai anak kecil semesti faham dengan kerenah anak-anak sebegini. Namun akhirnya Shariq tetap menang kerana bapanya mendukungnya juga.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang turut berkongsi pengalaman bersama anak masing-masing. Antara komen-komen yang diberikan :
” Yeah baby shariq bersihkan lantai umur2 mcm tu memang buat perangai sis.. Suka tgk cara emma & husb layan anak.. penuh kasabaran.. positif.. good parents.. “
” Sbnrnya dia enjoy je kena seret sbb its a fun and mcm new way of walk for him energy conserve Mcm2 si arshan ni la. Very naughty boi.. “
” Bah4ya pegang tangan tarik mcm tu… Boleh tersel1uh tangan anak…. Kot0r la baju anak.. ad0i la adik ni… Nanti dah ligat jalan.. mak pulak tak terkejar… “
” Its okay babe.. cherish the moment.. nanti bila dah sampai time dia tak nak dukung dah, time tu nanti rinduuuu.. budak byk akal… bijak mcm ni la.. “
” Astaghafirullahalazim… Perangai.. senang keje cleaner mall tu.. Enjoy emma n husband nanti kita rindu moment anak buat perangai ni… “
” In Shaa Allah soleh dah besar ni… Comel la… Kecik2 berperangai tkpe.. Layanzzz… Besar sikit jengkel mata besar sikit… Tunjuk sign cub1t.. “
” Nampak mcm kej4m tp org tkda anak tkkan faham keadaan itu dan budak tu lagi seronok sbnrnya kena tarik2 cmtu moment.. Bersih dah mall di mop oleh dia. Cleaner dh boleh rest.. “
Anak-anak yang semakin membesar ini sememangnya mempunyai pelbagai kerenah dan ragamnya. Kita sebagai ibubapa perlulah pandai untuk menangani situasi sebegini terutamanya ia berlaku di tempat awam. Apa-apa pun, Shariq ni buat perangai pun comel, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Emma Maembong
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..