” Berseleranya dia makan, kita yang tengok pun tiba-tiba rasa lapar.. ” – Netizen

Video Gelagat Muhammad Afwa Pertama Kali Makan Buah Dan Makan Pumpkin Puree Yang Dibuat Oleh Ibunya, Datuk Siti Nurhaliza. Amboi Berselera Sungguh Afwa Makan, Sedap Betul Ibu Masak Ni. Pipi M0ntel Tu Buat Ramai Yang Ger4m !!

Masuk sahaja usia si kecil 6 bulan, tentunya ibu bapa rasa teruja untuk memberikan makanan pejal buat pertama kali kepada si manja mereka. Hal ini kerana, bayi yang berumur 6 bulan sudah pun mempunyai sistem penghadaman yang matang.

Begitu juga yang dikongsikan oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza akan perkembangan anak kecilnya, Muhammad Afwa yang kini sudah boleh makan makanan pejal. Terbaru, Datuk Siti telah berkongsi satu video Afwa sedang menjamu selera makanan yang dibuat sendiri oleh dirinya iaitu puree pumpkin.

Menerusi video itu, kelihatan Afwa penuh berselera menikmati makanan yang diberikan oleh ibunya. Manakala video kedua pula diambil menerusi akaun Instagram fans Afwa berkongsi video pertama kali Afwa menikmati buah yang diletakkan dalam bekas berbentuk put1ng.

Ada yang menyatakan menonton video Afwa sedang makan buat diri tiba-tiba merasa lapar kerana gelagat Afwa menikmati makanan tersebut sangat menyelerakan. Amboi Afwa, berselera betul makan tu, mesti sedap ibu buat puree pumpkin.

Tonton perkongsian video-video tersebut di bawah ini

Di ruangan komen, rata-ratanya sangat menyukai perkongsian video Afwa tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Berseleranya dia makan, kita yang tengok pun tiba-tiba rasa lapar. Tengah makan pun comel sangat lah Afwa ni.. “

” Ishh ger4m lah tengok si pipi m0ntel ni tengah makan. Pipi labuh2 tu nak ke mana Afwa. Enjoy tengok dia makan, semangat.. “

” Suap kejap hilang, suap kejap hilang. Cepat betul dia telan, hahaa mesti sedap ni ibu buat makanan special untuk anak teruna dia.. “

” Afwaaa awat comeyy sangat ni. Afwa hisap laju betul, makan buat apa tu anak. Mesti Afwa ni besar nanti makan tak memilih, smua dia makan.. “

” Comel lah tengok dia hisap tu, nampk sedap betul tu. Layan je makan buah dalam puting tu, tangan tu dah macam roti bun.. “

” Masha Allah makin berisi bulat Afwa manja ibu, semangatnyaaa makannn. Kalau macam ni, kita yang tlg suap pun happy tengok dia makan.. “

” Alahaii dah pandaii mamam, comel  Afwa. Afwaaa,  pipi tak berat kee tu, ahahha labuh bebenor dah tu sayang, hahaha.. “

Tengah makan pun comel lah Afwa ni, memang berselera betul tengok Afwa makan tu. Cepat betul masa berlalu, Afwa kini sudah pun 6 bulan usianya. Apa-apa pun, semoga Afwa membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ctdk, Afwa Khalid

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..