” Bergenang air mata Mi tadi tengok Yoe.. “

Syahmi Sazli Luah Rasa Sebak Menonton Persembahan Yoe Parey Di Pentas Maharaja Lawak Mega. Tak Sangka Ini Sebabnya..

Siapa tidak kenal dengan Syahmi yang merupakan anak kelahiran Kelantan. Beliau dikenali ramai melalui video spontannya yang menghiburkan penonton dan netizen. Syahmi telah menaikkan dua bintang yang turut berasal dari Kelantan iaitu Yoe Parey dan Asif Suhaimi.

Gandingan Yoe Parey dan Asif begitu mantap sekali sehinggakan menggeletek hati netizen di samping beberapa pelakon lain lagi. Video Drama Spontan Syahmi sering menjadi trending di Youtube dan juga di media sosial sama ada di facebook atau akaun Instagram miliknya. Disebabkan itu Syahmi Sazli Production semakin dikenali ramai.

Ramai yang mengetahui Yoe Parey dan Asif adalah insan ‘istimewa’. Namun hal ini tidak menjadi mas4lah buat mereka dan tidak mustahil mereka akan sebaris dengan pelakon-pelakon atau pelawak-pelawak popular tanah air. Ini kerana bukan mudah untuk mengas4h bakat insan seperti mereka.

Menerusi akaun Instagram, Syahmi berkongsi gambar Yoe Parey bersama-sama kumpulan Bocey selepas selesai persembahan di Maharaja Lawak Mega semalam. Yoe dijemput oleh Bocey untuk sama-sama beraksi di pentas MLM dan hasilnya sangat luar biasa sehinggakan Syahmi bergenang air mata.

Syahmi meluahkan rasa sebak kerana sebelum ini Yoe hanya pernah berlakon dengannya sahaja. Tetapi kini Yoe muncul di pentas besar seperti Maharaja Lawak Mega menghiburkan semua. Alahai memang touching sangat !!

Baca perkongsian Syahmi di bawah :

” Bergenang air mata mi tdi tgk Yoe yg sblm ni hanya berlakon dlm video mi je, tapi malam ni LUAR BIASA menggamatkan seluruh dewan !! “

” Terima kasih Allah, terima kasih @fadbocey @acheykintangkintung @abam_bocik  Alhamdulillah kita berjaya @yoe_parey @anissafaizul @asifsuhaimi02.. “

Rata-rata netizen memuji kehebatan Yoe di pentas Maharaja Lawak Mega. Antara komen-komen mereka :

” You are gifted Yoe Mi.. “

” Disebabkan Yoe, Bocey best td.. “

” Kalaulah artis jemputan bleh jemput 2 org.. Campur Asif sump4h kelakar.. “

” Mmg terbaik la bossku.. “

” Sebelum ni tgk dlm utube je.. Hari ni tgk dlm tv.. Tk percaya betul ke tu Yoe Parey.. “

” Lain mcm aura Yoe Parey.. “

” Tahniah Syahmi kerana mengeluarkan bakat Yoe.. “

Tahniah diucapkan kepada Syahmi kerana berjaya meng4sah bakat Yoe Parey sehingga ke tahap ini. Kami di Berita Kopak mengucapkan semoga terus berjaya kepada Syahmi dan anak didiknya, Yoe Parey dan Asif Suhaimi. Teruskan menghiburkan semua peminat-peminat anda !

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syahmi Sazli,  YouTube My Buzz  by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..