” Beautiful stepmother and daughter.. “

Dato’ Seri Eizlan Yusof Kongsi Gambar Sekitar Majlis Malam Berinai. Wajah Cantik Anak Sulungnya, Vie Zaara Jadi Perhatian Ramai. Memang Cun Habisss !!

Pada 12 Disember yang lalu pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof telah menamatkan zaman dudanya setelah hampir empat tahun beliau menduda. Eizlan telah berkahwin dengan seorang wanita mualaf berketurunan Serani bernama Natasha Rosa Boudville yang jauh lebih muda.

Menurut Eizlan, beliau telah berkenalan dengan Natasha sejak empat tahun yang lalu menerusi seorang kenalan. Beliau tertarik hati dengan perwatakan Natasha yang kelakar. Natasha merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur dan bekerja dalam sektor perhotelan.

Natasha telah memeluk islam pada Ogos tahun lalu. Eizlan mempunyai tiga orang anak hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu bersama Vie Shanti Haroon Khan. Anak-anaknya iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zalia begitu gembira dengan perkahwinan bapa mereka.

Menerusi akaun Instagram, Eizlan berkongsi gambar-gambar sekitar majlis berinai yang diadakan di Villa GISB, Putrajaya. Dato’ dan isterinya, Natasha kelihatan begitu berseri-seri sekali dengan persalinan pakaian bertemakan bollywood. Malah anak sulungnya, Vie Zaara turut menjadi perhatian.

” Majlis Berinai  #EizlaNatasha  111219 @sashaboudville “

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan ini namun apa yang mencur1 perhatian ialah penampilan anak sulung Eizlan yang begitu cantik. Antara komen-komen netizen :

” Beautiful stepmother and daughter.. “

” Cantik-cantik anak Eizlan.. “

” Wah nampaknya anak2 rapat dgn mummy baru.. “

” Wah, nak rapat dengan mommy baru ni.. “

” Muka pun dah mirip dah.. Semoga berkekalan.. Bahagia hingga ke syurga.. “

” Muka serupa bila senyum.. “

” Nampak semua gembira.. Moga bahagia selalu.. “

” Cantik sangat Vie Zaara.. “

Lagi gambar-gambar sekitar majlis :

Sama cantik dan sama padan Dato’ Seri Eizlan dan Datin Seri Natasha. Seronok melihat keakraban anak-anak Eizlan bersama mommy baru mereka. Kami di Berita Kopak mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan semoga hubungan  berkekalan hingga ke hujung ny4wa serta berbahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eizlan Yusof by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..