” Ger4mnya tengok dia. Dapat memang pipi kene gom0l.. “

Video Aafiyah Ingatkan Ibunya, Dato’ Siti Nurhaliza Menyanyi Lagu Happy Birthday Untuknya, Tapi Sebenarnya Birthday Orang Lain. Alahai, Mimik Muka Aafiyah Yang Teruja Tu Paling Comel !!

Siti Aafiyah Khalid atau lebih dikenali sebagai Aafiyah merupakan anak kepada penyanyi tersohor negara Dato’ Siti Nurhaliza. Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac 2018 dan disifatkan anak paling berharga bagi Dato’ Siti setelah bertahun-tahun menunggu kehadiran cahayamata.

Umum mengetahui, setelah 11 tahun usia perkahwinan Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, baru lah mereka dikurniakan rezeki untuk mempunyai anak sendiri. Diawal kelahirannya, Aafiyah yang ketika itu masih belum diberikan nama dipanggil dengan nama timangan Fatimah Az-Zahra.

Hanya selepas seminggu usia kelahirannya baru lah diumumkan bayi comel pasangan ini diberikan nama Siti Aafiyah yang membawa maksud perlindungan Allah. Sejak itu, nama Aafiyah mula menjadi bualan ramai dan meniti di bibir peminat. Tak kurang juga pasangan ibu bapa lain ikut menamakan anak mereka dengan nama Aafiyah. Betapa kuatnya aura si kecil ini.

Menerusi akaun Instagram, dikongsi video dimana Aafiyah mendengar nyanyian lagu selamat hari lahir dinyanyikan oleh ibunya. Aafiyah ingatkan lagu itu ditujukan kepadanya, tetapi sebenarnya hari lahir orang lain. Reaksi muka yang excited dengan senyum meleret manis memang buat ramai terhibur. Alahai comelnua, sudah pasti peminat mengulang berkali-kali video tersebut.

Jom tengok video dibawah :

” Manisnya anak ibu ni. Siapa tengok post ni double tap.. ” 

Rata-rata peminat memuji kecomelan Aafiyah yang semakin hari semakin terserlah kelihatan seperti ibunya Dato Siti Nurhaliza. Antara komen-komen peminat :

” Like mommy like daughter.. “

” Ger4mnya tgk dia.. dpt mmg pipi kene gom0l.. “

” Comelnya Aafiyah.. “

” Semoga Aafiyah jadi anak yang solehah.. “

” Semoga Aafiyah pjg umur, sihat, bijak, murah rezeki dan sentiasa dlm rahmat Allah swt. Aamiin.. “

Semakin manis anak ibu ni. Comel nya dengan pipi tembam dan senyuman manisnya yang tak ubah seperti Dato Siti pasti meruntun jiwa sesiapa sahaja yang melihatnya. Semestinya bukan hanya sekali malah berkali-kali mengulangi setiap video berkaitan Aafiayah.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aafiyah membesar dengan sihat dan berbahagia bersama keluarga tercinta.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aafiyah Khalid by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..