” Beautiful dress, Mira pun cantik sangat. So beautiful.. ” – Netizen
Video Mira Filzah Dan Wan Emir Astar Di Majlis Resepsi Di Putrajaya. Cantik Berseri Di Singgahsana, Tema Starry Night Serlahkan Aura Cinta Mira Dan Emir. Tak Dapat Nak Gambarkan Kecantikan Mira !!
Semalam telah selesai majlis akad nikah Mira Filzah dan cinta hatinya Wan Emir Astar. Bah4ngnya masih lagi terasa hingga ke saat ini dan ianya masih lagi h4ngat diperkatakan netizen di seluruh media sosial. Kini menyusul pula majlis resepsi pertama mereka yang diadakan di Le Meridien, Putrajaya.
Mira turut menggunakan khidmat wedding planner Rekateemor untuk pelamin resepsinya ini. Manakala busananya pula direka khas oleh salah seorang pereka fesyen terkenal negara Fiziwoo. Oleh kerana masih terikat dengan SOP Kerajaan, majlis resepsi ini juga hanya akan dihadiri antara 200-250 orang sahaja sama seperti majlis akad nikah semalam.
Baru sahaja sebentar tadi, Mira dan Emir diarak masuk ke dewan untuk memulakan majlis resepsi mereka ini. Bagi majlis ini, TV3 sekali lagi diberi mandat untuk menyiarkan secara langsung sekitar majlis resepsi Mira dan Emir. Penonton boleh melihat sedikit sedutan majlis ini di MBuzz bersiaran jam 9.00 malam tadi.
Menerusi akaun Instagram Inaijari, telah dikongsikan video yang mempamerkan suasana sepanjang majlis resepsi pertama Mira dan Emir. Kedua-duanya yang sama cantik sama padan semakin berseri-seri setelah bergelar suami isteri ini. Bila arah syurga sudah ditemui, tak gitu Mira dan Emir !
Jom kita tonton video di bawah :
Datin Mastura Yazid memberikan restunya dan merakamkan gambar mereka bersama di singgahsana. Sweetnya bila tangan anak tersayang disatukan dengan menantu :
Peminat tentunya ternanti-nanti untuk melihat majlis resepsi Mira ini. Sebelum ini juga pernah dikongsikan wajah Mira yang gembira melihat busana untuk majlisnya ini. Antara komen-komen mereka :
” Beautiful dress, Mira pun cantik sangat. So beautifull.. “
” Bidadari itu wujud. Cantik sangat pengantin.. “
” Cantiknya elegant bagai pinang dibel4h dua.. “
” Wow so adorable. Mira look gorgeous.. “
” Cantikk sangat-sangat reception malam ni. Simple but nice.. “
Cantik dan kacak sungguh kedua mempelai, bagai pinang dibel4h dua. Pemilihan konsep juga menyemarakkan lagi kemeriahan majlis mereka. Nampak grand dan sangat ekslusif serta lain dari yang lain. Semoga Mira dan Emir berbahagia selalu dan sentiasa dilindungi Allah. Aamin
Silakan SHARE..
Sumber : IG Inaijari, IG Shalma Aina , IG Wanemirafilzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..