” Bamm.. Achey malam tadi tido dengan baju kau.. “
Coretan Isteri Achey, Anne Mengenai Achey Selepas Pemergian Abam Buat Ramai Menitik Air Mata. Ya Allah, Tabahkan Hati Mereka !!
Kumpulan Bocey merupakan kumpulan lawak yang begitu popular di Malaysia. Kumpulan ini dianggotai oleh tiga orang pemuda bernama Achey, Fad dan Abam. Bocey begitu menambat hati peminat kerana lawak mereka yang bersahaja dan comel.
Namun pada dua hari yang lalu kita telah dikej0tkan dengan pemergian salah seorang anggota kumpulan tersebut iaitu Abam. Abam men1ngg4l dunia ketika dalam keadaan tidur dan beliau dikhabarkan mengalami dem4m beberapa hari sebelum itu.
Kehilangannya bukan sahaja diratapi oleh ahli keluarganya dan rakan-rakan malah seluruh rakyat Malaysia. Antara yang paling terasa akan kehilangan Abam ialah Achey dan Fad. Mereka mempunyai pelbagai rancangan bersama namun Allah lebih menyayangi Abam.
Menerusi akaun Instagram, isteri kepada Achey iaitu Anne berkongsi kisah perjuangan kumpulan Bocey. Menurut Anne, hubungan antara ahli kumpulan Bocey sangat rapat melebihi hubungan kawan. Achey juga hampir hilang semangat dengan ketiadaan Abam. Tambahan pula pada ketika itu Fad berada jauh di Jepun.
Baca coretan Anne yang begitu menyentuh jiwa :
” Bertahun lama aku saksi pejuangan korang… berjuang untuk keluarga , fans dan berjuang untuk industri.. Yea mmg ada satu hubungan lebih dari sahabat, saudara, adik beradik… ada satu hubungan yang aku gelarkan “SIKASIH”.. “
” Korang ni bulu r0ma kurang 1 pun korang boleh tau sesama sendiri.. Bamm.. Achey malam tadi tido dengan baju kau… dia buat masa sekarang asyik tanya fad mana? Dah sampai ke belum.. aku tau dia tengah Tunggu semangat dia satu lagi.. “
” @fadbocey kau tau achey cmne kan.. Teruskan kita juangkan #bocey walau orang kata kita tak lagi relevan bila abam takda.. kita teruskan demi @abam_bocik yang kita sayang.. dan tanggungjawap abam yang abam tinggalkan untuk kita.. “
Rata-rata netizen tidak dapat menahan air mata apabila membaca coretan Anne ini. Antara komen komen mereka :
” Allah, menitik air mata sye yg bukan sape2 ni pon tak boleh tahan, inikan pulak sahabat2 dia.. “
” Sedih baca part achey tunggu fad.. “
” Allahuakbar kita yang takde apa2 ikatan pun rasakan kesedihan tu jugak.. Moga terus kuat ye . #alfatihah (dengan bacaan).. “
” Stay strong Achey n Fad truskn pjuagan klian.. Arwh Abam tgok dr sana.. Still xley move on…. “
” Menitik juga airmataku.. “
” Allahuakbar sedih nya, terus berjuang wahai sahabat.. “
Pastinya sedih yang tidak dapat diungkapkan apabila kehilangan orang tersayang. Keakraban antara Fad, Achey dan Abam membuatkan mereka begitu merasai kesedihan yang teramat. Kami di Berita Kopak berharap Achey dan Fad tabah menghadapi duga4n ini dan mampu meneruskan perjuangan demi Abam.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Achey, Anne, Abam Bocey by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..