” Baju sopan dan cantik. Makeup pun wow, nampak lain sangat-sangat.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Penampilan Emma Maembong Ketika Hadir Ke Majlis Perkahwinan Sweet Qismina Dan Adam Raih Pujian Warganet. Wow Emma, Hampir Tak Kenal, Memang Lawa Betul !!
Beberapa hari lalu, pelakon kecil molek, Sweet Qismina telah selamat bergelar isteri kepada pelakon Adam Lee. Paling istimewa, tarikh pernikahan pasangan ini adalah pada tarikh lahir Sweet dan dipilih oleh Adam sendiri.
Selepas majlis nikah, Sweet dan Adam telah diraikan dalam satu majlis resepsi dan rakan-rakan selebriti turut dijemput memeriahkan majlis. Menerusi akaun Instagram Emma Maembong tidak ket1nggalan berkongsi beberapa gambar menghadiri ke majlis resepsi Sweet dan Adam.
Kelihatan Emma yang ditemani oleh suaminya Shazli Azhar, cantik mengenakan busana labuh berwarna hitam yang berkonsepkan kain songket pada kain dan selendangnya. Perkongsian gambar-gambar tersebut telah mencur1 perhatian warganet.
Ada yang menyatakan penampilan Emma ketika hadir ke majlis itu begitu sopan dan nampak berseri-seri. Sehingga kini posting yang dikongsikan oleh Emma telah menerima puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, rata-ratanya telah memberikan kata pujian terhadap penampilan Emma. Antara komen-komen menarik adalah :
” Baju sopan dan cantik. Makeup pun wow, nampak lain sangat-sangat. Berseri-seri macam pengantin.. “
” Lawanya baju Emma, nampak memang naik betul seri dengan Emma. Emma pun cantik sangat lah.. “
” Dah macam tuan puteri lah Emma, cantik betul. Nampak menawan dan ayu, baju tu sopan habis.. “
” So syantik. Glamorous gitew. Nampak sopan betul Emma, kan manis macam ni. Tahniah Sweet n Adam, smga kekal hingga ke syurga.. “
” Cantik sangat, kena dengan baju betul. Gambar Emma jalan dengan adik tu memang cun habis lah.. “
” Omg, cantiknya Emma dan Chacha. Siapa yang kahwin ni, hahaha Emma dan Cacha ke Sweet yang kahwin.. “
” Cantik sangat Emma, nampak lain muka bila makeup macam ni. Baju pun cantik, pandai Emma pilih design.. “
Wow memang cantik lah Emma. Sebelum ini, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail ada memuatnaik video yang memaparkan perubahan rambutnya dari panjang melepasi paras bahu menjadi pendek paras telinga. Dapat dilihat Emma begitu gembira dengan gaya rambutnya yang baharu itu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG emma_maembongofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..