” Baju macam sayuq kubis pun cantik g1laaa.. “
Fesyen Rozita Che Wan Jadi Bualan Lagi. Kali Ini Dah Bertukar Jadi Sayur Pulak. Kebaboom Cantiknya !!
Siapa tidak kenal pelakon, pengacara dan usahawan cantik jelita, Rozita Che Wan atau nama komersilnya Che Ta. Che Ta sering menjadi perhatian kerana wajah awet mudanya itu dan fesyen-fesyen pakaian yang digayakannya. Che Ta mula dikenali menerusi lakonannya di dalam siri komedi Kiah Pekasam yang membuatkan namanya menjadi bualan netizen.
Selain lakonan, Che Ta juga aktif di dalam bidang pengacaraan di mana beliau menjadi hos bagi program bual bicara Primadona bergandingan bersama aktress Erra Fazira dan Raja Azura. Tidak hanya petah berbicara, wanita cantik ini juga memiliki kehebatan memasak dan kulinari.
Dek kerana minatnya pada masakan, beliau menyertai program raliti Masterchef Malaysia pada tahun 2013. Walaupun tidak mampu bertahan hingga ke peringkat akhir, namun perhatian penonton sentiasa tertumpu kepadanya kerana aksinya yang suka bersolek dan berdandan di dapur.
Menerusi akaun Instagram, Che Ta telah berkongsikan sekeping gambar beliau memakai busana yang cukup indah namun kelihatan pelik. Ini baru dikatakan baju pel1k tapi benar. Sampai dah tersama pulak dengan background pokok-pokok hijau di belakang. Lucu jugak Che Ta ini !
Jom baca kapsyen di bawah :
” Dok pikiaq.. Awat baju kami sama dengan background.. “
Rata-rata netizen terhibur melihat penampilan Che Ta itu. Antara komen-komen netizen :
” Tengok ni teringat salad dan kobis.. Hehe.. “
” Sekali tengok macam kobis.. “
” Fesyen terkini guys!!!.. “
” Sayur, cili sos , lada hitam … Nyum-nyum versi manusia.. “
” Eco friendly sangat, Sayoq gobih letopss.. “
” Ni baju style salad ke?.. “
” Salad or kobis bergerak ni. Cute.. “
” Baju macam sayuq kubis pun cantik gilaaa.. “
Namun bila ditanyakan peminat berkenaan fesyen bajunya itu, jawapan Che Ta tak pernah tak lawak :
Che Ta walau dipakai apa sahaja busana tetap cantik. Baju yang unik lagi pelik pun nampak menawan bila si pemakainya memang sudah cantik rupawan. Apa pun, kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya buat Che Ta dan semoga penampilan Che Ta boleh menjadi sumber inspirasi buat pengemar fesyen.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rozita Che Wan by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..