” Macam mana lah boleh ada idea nak buat lagu ni ek, pec4h perut dengar.. “

Fizz Fairuz Kongsi Video Penggambaran Lagu ‘Kang Kang Ku Kakang’ Dalam Drama Kamung People. Namun Komen Almy Nadia Cur1 Perhatian Netizen. Jaga-Jaga Fizz, Isteri Dah Warn1ng Tu !!

‘Kampung People’ merupakan sebuah drama siri televisyen Malaysia 2019. Dengan idea dan konsep asal oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin terbitan KL Motion Pictures. Antara pelakon yang  membintangi drama ini ialah Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Namron, Fizz Fairuz, Hun Haqeem, Razak Ahmad dan Haeriyanto Hassan.

Drama ‘Kampung People’ ini telah  bersiaran dari 11 Disember 2019 dan berakhir pada 8 Januari 2020 yang lalu. Untuk pengetahuan, drama Kampung People ini ditayangkan di Slot Lestary TV3 menggantikan Pesan Pada Hati dan digantikan oleh Titian Takdir. Drama Kampung People mendapat maklum balas positif daripada penonton dan netizen.

Bagi penonton, mereka berpendapat bahawa Kampung People tidak mempunyai unsur kisah cinta klise, sekaligus berjaya lari daripada kebiasaan penerbitan drama cinta dan adaptasi novel. Sesiapa saja menonton sudah pasti tidak kering gusi kerana babak-babak dalam drama ‘Kampung People’ ini sememangnya kelakar.

Menerusi entri terbaru akaun Instagram, pelakon Fizz Fairuz telah berkongsi satu video yang merakamkan penggambaran lagu ‘Kang Kang Ku Kakang’ dalam drama komedi ‘Kampung People’. Lagu tersebut menjadi sebuah kenangan untuk semua pelakon-pelakon yang pernah berlakon dalam cerita ‘Kampung People’. Sangat Menghiburkan !!

Ikuti perkongsian video itu oleh Fizz Fairuz :

” Kenangan sampai bila2, habis semua tanya mana nk dpt lagu ni.. nahhhh saya belanja hahahaha … Kang kang ku kakang…. Hahahahahaha #kampungpeople @wanhaslizawz @iamellymazlein @rashidi_ishak @rienadiana.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan video yang dikongsikan oleh Fizz Fairuz itu. Antara komen-komen tersebut :

” Best g1lerr cite ni… Kemur0ngan laa dah hbis… Please next kg people 2.. “

‘” Best lagu ni… Hahaha.. Dok terngiang2 jea kt kpla otak kami…  Adoiii laa.. “

” Kelakar cerita ni… Lagu dia pun kelakar.. “

” Lagu ne best ak dengar.. “

” Hahaha.. Mcm mana lah boleh ade idea nak buat lagu ni eh pec4h perut dngr.. “

” Alaaa. Dah rindu Kampung Peopleeesssssss.. “

Namun, dari komen-komen tersebut, yang paling kelakar apabila isteri Fizz Fairuz, Almy Nadia turut memberikan komen ‘warn1ng’ kepada suaminya itu, buatkan netizin terhibur.

Haha.. Alamak !! Kan dah kena warn1ng dengan isteri.. Mesti kat rumah Fizz Fairuz selalu menyanyi lagu ni kan..  Memang kelakar pun lagu ni. Pasti semua penonton merindui cerita ‘Kampung People’.  Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap selepas ini akan ada lagi sambungan cerita ‘Kampung People’ ini.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Fizz Fairuz, Rashidi Ishak by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..