” Bahagia tengok maknya, mesti seronok anak balik sambut hari lahir.. ” – Netizen

Video Norman Hakim Pulang Buat Kej0tan Sambut Hari Lahir Ibunya Yang Sudah Lama Tidak Berjumpa. Alahai Sweet Betul Tengok Norman Layan Ibunya, Terbaik Lah !!

Kebenaran rentas negeri bermula isnin menjadi khabar gembira buat kita semua setelah sekian lama menanti untuk pulang ke desa untuk berjumpa dengan insan-insan tercinta dan membawa keluarga untuk bercuti.

Begitu juga bagi pelakon Norman Hakim, telah mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman untuk bertemu ibunya. Kongsi Norman di Instagram miliknya, dia bersama isteri serta anak-anak mereka pulang untuk membuat kej0tan menyambut hari lahir ibunya.

Tulis Norman lagi, sebenarnya hari lahir ibunya telah berlalu, namun mereka pulang untuk membuat kej0tan istimewa kepada ibunya yang dikenali sebagai Puan Kamariah Kamat yang telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 79 tahun.

Perkongsian oleh Norman itu telah mendapat perhatian ramai. Ada yang memuji sikap Norman yang terus pulang bertemu ‘syurga’nya itu setelah dapat merentas negeri dan tidak bercuti ke mana-mana lagi.

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-rata turut memberikan kata ucapan buat ibu Norman dan mendoakan kesejahteraannya. Antara komen-komen menarik adalah :

” Alhamdulillah, apa2-apa carik mak, syurga kita dlu kan. Lps2 tu baru cuti2 msia. Happy bday kepada mak Norman. Moga terus sihat dan dilindungi dr c0vid19, amin.. “

” Bahagia tengok maknya, mesti seronok anak balik sambut hari lahir. Selamat hari lahir Puan Kamariah, semoga diberikan kesihatan yang baik slalu.. “

” Suami yang baik, bapa yang baik dan anak yang terbaik. Moga keluarga Norman terus bahagia bersama.. “

” Selamat Hari Lahir Mak Cik. Semoga Segala Kebaikkan Dan Kebahagiaan Buat Mu Sekeluarga, Amiiinnnn.. “

” Terasa seb4k dbuatnya, tbaik ank mak. Alhamdulillah, finally. Selamat Hari Lahir ibu Norman, moga diberkati Allah selamanya.. “

” Alhamdulillah, selamat hari lahir mak cik. Doa semoga Allah melanjutkan usia dan berbahagia selalu disamping keluarga sampai syurga.. “

” Happy Birthday bonda abg Norman. Moga terus diberikan kesihatan yang baik dan bahagia bersama keluarga tersayang.. “

Wahh meriah nampak, jelas terlihat senyuman kebahagian seorang ibu setelah dapat bertemu anak-anak dan cucu-cucunya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir buat ibu Norman Hakim, semoga sentiasa dalam keadaan sihat selalu dan bahagia bersama keluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Norman Hakim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..