” Bagusnyaa suami dia ni, patutla Mira cair. Jarang ada ucapan macam ni.. ” – Netizen
Video Sesi Temuramah Mira Filzah Dan Wan Emir Astar Bersama Wartawan. Part Impian Perkahwinan Dan Janji Pada Pasangan Tu, Alahai Jawapan Buat Ramai Tersenyum Sendiri. Pandangan Emir Tu Fuyooo Boleh Cair Mira !!
Semalam telah berlangsungnya majlis akad nikah antara Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir Astar. Bertemakan ‘Mihrab Chinta’ rekaan wedding planner terkenal Rekateemor, pelamin dan dekorasi seluruh dewan nampak cantik dan unik sekali.
Mira yang manis mengenakan baju kurung Pahang rekaan ekslusif Rizman Ruzaini tampak ayu dan sopan. Wajahnya yang berseri-seri pada hari bahagianya ini jelas terpancar. Emir juga tidak kurangnya, kacak bergaya dan cukup pemurah dengan senyuman.
Bermula Mira melangkah ke Mihraj Cinta mereka ini, mata Emir tidak lepas memandang wajah bakal suri hatinya sehinggakan diusik oleh pengacara majlis. Debaran untuk diijabkabul tentu dirasakan namun bila mata bertentangan sebelum majlis akad bermula, Emir kelihatan tenang dan mengukir senyuman. Alahai sweet sangat moment ini !
Menerusi akaun Instagram Kosmo Online, telah dikongsikan satu video yang mempamerkan sesi temuramah antara Mira, Emir dan pihak media. Pasangan ini ditanyakan tentang impian dan janji mereka buat satu sama lain untuk perkahwinan mereka ini.
Jom tonton video di bawah :
Jawapan Emir dan Mira ini menarik perhatian ramai. Alahai sweet sangat pengantin baru ni, genggaman tangan dan renungan mata tu buat hati peminat melihat berbunga-bunga. Antara komen-komen mereka :
” Ala sweetnya Mira Filzah, sampai ke syurga InsyaAllah amin.. ” – Rozita Che Wan
” UlangĀ² banyak kali ni smbil snyum sorgĀ², bersemut screen aku ni.. “
” Aww so sweet, hahaha please guide me . Ayat tu sweet sangat weyh.. “
” Dak lani pasepa aku dok kenyeh sorang ugh hahahhaha tahniah miraa.. “
” 1 minit sengih cam kerang bus0k, dah abes video baru perasan pipi sak1t.. “
” Aduh tersengih lak sorang2. Adakah saya je mengalami situasi seperti ini.. “
” Aku je ke yg tngok nih senyum sampai hati boleh rase wahh.. Mcm nk telan aje. adoii abis la miraa haha.. “
” Bagusnyaa suami dia ni, patutla Mira cair. Jarang ada ucapan macam ni. hmmm bertuah mira.. “
Alhamdulillah Mira telah bertemu imam yang bakal membimbingnya ke jalan Allah. Dalam gelak tawa, impian dan janji mereka itu amat bermakna dan memberi pengertian. Kami di Berita Kopak mendoakan agar ikatan perkahwinan Mira ini berkekalan hingga ke jannah dan aman bahagia selalu. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Kosmo_online, IG Wanemirafilzah, IG Harajuuku.MF
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..