” Ayash dah pandai call Daddy yer, riuh mulut macam nenek dia.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Shuib Sepahtu, Ayash Affan Bercakap Di Telefon Buat Ramai Terhibur. Amboi Riuhnya Mulut Ayash Bercakap. Telefon Daddy Ke Tu Ayash, Comel Sangat Bunyi Suara Tu !!
Gelagat anak kecil sememangnya selalu menghiburkan. Ini kerana anak kecil selalunya akan melakukan sesuatu melalui apa yang dilihat di sekelilingnya. Salah satunya ialah menggunakan telefon terutamanya telefon pintar.
Meninjau ke akaun Instagram nenek Ayash Affan iaitu Amy Salmi, perkongsian video terbaru Ayash bermain dengan telefon pintar telah membuatkan ramai terhibur. Sememangnya anak kecil pada zaman kini amat gemar melihat telefon pintar.
Apabila Ayash memegang telefon tersebut, nenek Ayash meminta Ayash membuat panggilan kepada bapanya, Shuib Sepahtu. Mendengar sahaja perkataan ‘ Hello ‘ daripada neneknya itu, Ayash terus meletakkan telefon tersebut di telinganya.
Wah, nampaknya Ayash sudah pandai untuk bercakap melalui telefon kerana mulut Ayash pun tidak berhenti berbunyi, hehe. Sesekali Ayash merenung skrin telefon pintar itu mungkin kerana sudah biasa dengan panggilan video.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat Ayash ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Amboiii ralit sgt tu Ayyasshhh Aunty nak join jugeklah kalau macamtu.. dah mula berceloteh ger4mnyaa.. “
” Hello anak sholeh,, ape bincang serius sangatlah. Diam2 jee buat keje yaa ayash.. comel.. dah besar ayash.. “
” Subhanallah… comel dan cerdik sgt Ayash Affan ni. Suara nenek pun comel sgt.. Kemain lagi Ayash ye. Bijak sgt lahaii.. “
” Anak soleh comel nya awak Ayash sayang.. Apa yg sampai macam tu sekali.. Ayash dh blh berjln ke mama.. “
” Ayash dah pandai call dady ya.. comel nya dia.. cara renung tu macam daddy dia.. hujung2 mata.. sengih2 camtu.. “
” MashaAllah comelnya Ayash ni.. semakin bijak anak soleh ni.. Tgk ayash mesti teringat dekat ibunya.. riuh mulut dia mcm nenek dia.. “
” Alhamdulillah, subhanallah budak cerdik , budak baik.. pandainyer ayash syg ckp dgn daddy.. comel sayang.. “
Alahai, comel betul Ayash dengan mulutnya yang riuh. Agaknya apa yang hendak diceritakan oleh Ayash kepada bapanya. Semoga Ayash Affan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh serta berjaya. Aminn.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Amysalmi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..