” Ayah kandung Neelofa kan ? “

Majlis perkahwinan Saradina Kakak Sulung Kepada Pelakon Cantik Neelofa. Yang Menjadi Perhatian Dalam Majlis Tersebut Adalah Penampakan Kelibat Seorang Lelaki Berusia. Adakah Benar Bapa Kandung Neelofa ??

Siapa tidak kenal akan pemilik nama Neelofa yang sangat cantik ini, yang merupakan seorang pelakon, pengacara dan model wanita tanah air. Kerjayanya bermula selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10 dan terkenal menerusi lakonannya sebagai Alisya dalam drama bersiri Kau Yang Terindah yang bersiaran di TV3 dan Suri Hati Mr. Pilot di Astro Ria.

Beliau dilahirkan sebagai Noor Neelofa binti Mohd Noor pada  10 Februari 1989 di Pasir Mas, Kelantan. Beliau merupakan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik, dan mempunyai lima adik-beradik berlainan bapa. Bapanya berketurunan Melayu dan ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed berdar4h peranakan Pakistan dan Arab.

Beliau mendapat namanya dari nama “Niloufar” yang bermaksud bunga teratai dan lebih mesra dengan panggilan Lofa oleh kalangan ahli keluarganya. Dahulu,  beliau  telah memperoleh keputusan lima A dalam UPSR dan kemudian belajar di sekolah menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi dan mendapat keputusan cemerlang dalam kedua-dua iaitu 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM.

Baru- baru ini, telah berlangsungnya majlis perkahwinan kali ke-3 buat Saradina iaitu kakak sulung kepada pelakon cantik Neelofa. Yang menjadi perhatian dalam majlis tersebut adalah penampakan kelibat seorang lelaki berusia yang berada di sebelah Juru Nikah dan turut memegang borang nikah untuk ditandatangani.

Adakah itu bapa kandung kepada Neelofa dan adik beradik beliau yang sekian lama menjadi tanda tanya peminat? Berdasarkan beberapa komen di ig dibawah, ada yang mengiakan lelaki itu adalah ayah kandung Neelofa.

Hanya Neelofa dan keluarganya sahaja yang tahu siapakah lelaki itu. Namun andai benar, tiada salahnya pun . Kelihatan lelaki berusia itu mirip seperti Noor Nabila kakak Neelofa. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada kakak Neelofa iaitu Saradina serta pasangannya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alieserra, Neelofa  by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..