” Atok memang selalu kalah dengan cucu kan.. ” – Netizen
Video Keluarga Besar Dato’ Sri Ismail Sabri Di Pagi Hari Raya. Amboi Bukan Main Arahan Daripada Si Kecil, Jeanelle Nika Mandagie. Sampai Termeng4h-Meng4h Atok Kena Lompat. Sporting Habis Atok Dengan Miss J Ni !!
Nama Menteri Kanan Keselamatan negara, Dato’ Sri Ismail Sabri menjadi sebutan ramai sejak wajahnya hampir setiap hari bersiaran untuk laporan rasmi suasana C0v1d-19 yang melanda negara. Digelar Pak Long oleh netizen, ucapannya sering mendapat perhatian ramai.
Pereka fesyen Jovian Mandagie adalah menantunya yang mana suami kepada Nina Ismail Sabri. Pasangan ini yang mempunyai seorang anak diberi nama Jeanelle Nika Mandagie. Kecomelan wajah Jeanelle dipuji peminat apatah lagi dengan gelagat dan mulut Jeanelle yang petah bercakap itu sering mencuit hati.
Jeanelle yang akrab dengan Atoknya ini menghiburkan ramai. Sama seperti datuk lain, pasti cucu menjadi keutamaan dan segala permintaan akan dituruti. Pernah dikongsikan aksi Jeanelle bersama Atoknya ketika sedang live dan ucapan ketika sambutan hari bapa yang mencuit hati.
Menerusi akaun Instagram, Nina Ismail Sabri telah berkongsikan satu video yang memaparkan suasana pagi raya mereka sekeluarga. Turut kelihatan Dato’ Sri Ismail Sabri bersama isteri dan anak-anak dan cucu. Wah cerianya tengok video mereka ni tambah-tambah dengan aksi melompat dan ianya hasil arahan daripada Jeanelle.
Dat0′ Sri Ismail Sabri juga turut berkongsikan video yang sama di Instagram rasmi miliknya. Alahai rupa-rupanya arahan daripada big boss Jeanelle, patutlah semua ikutkan sahaja. Jom ikuti perkongsian di bawah :
Perkongsian ini menghiburkan peminat dan rata-ratanya suka dengan gelagat mereka sekeluarga. Antara komen-komen mereka :
” Anak tak berani bagi instruction tapi kalau cucu bagi instruction, semua kena ikut. Kuasa veto di tangan cucu.. “
” Haaa atuk kena bul1 dgn cucu, sporting nya semua.. “
” Atok melayan cucu.. kalau cucu apa saja atok nenek mampu buat.. “
” Atok mmg slalu kalah dgn cucu kan… Sweet jer.. “
” Terbaik tok daddy! Suka la tu Jeanelle.. “
” Cute je atok nenek main jump2 gitew.. “
Happening betul suasana raya Dato’ SriĀ Ismail Sabri sekeluarga. Betullah kata orang, bila dah ada cucu ni semua permintaan akan cuba ditunaikan. Jeanelle pun ada-ada sahaja akalnya, cerdik. Apa pun, semoga selamat hari raya buat Dato’ Sri sekeluarga dan dikurniakan kegembiraan dan kebahagiaan yang berpanjangan. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nina Ismail Sabri, IG Ismail Sabri 60
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..