” Apalah Urwa ni dengk0r kuat sangat.. ” – Nadzmi Adwa
Nadzmi Adhwa Kongsi Video Anaknya Urwa Tidur Berdengk0r, Tapi Lain Macam Je. Alahai Comelnya Gambar Terbaru Urwa !!
Kisah pasangan suami isteri, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana ini jarang-jarang sekali didengari sejak kebelakangan ini selepas Ardell melahirkan anak perempuannya yang bernama Arwa Malaikha Urwa. Perhubungan yang bermula dengan persahabatan ini tidak disangka ianya berakhir di jinjang pelamin.
Terbaru menerusi laman Instagram miliknya, Nadzmi telah memuat naik sebuah video. Video tersebut memaparkan beliau bersama anaknya yang dipanggil dengan panggilan manja Urwa tidur bersama dengannya. Aksi dua beranak yang tidur bersama ini sangat sweet dan comel.
Apa yang menariknya lagi dalam video tersebut, Nadzmi menyatakan di kapsyennya, anaknya itu tidur berdengk0r. Tetapi apabila menontonnya, bukanlah Urwa yang tidur berdengk0r, sebaliknya Nadzmi yang berdengk0r. Pandainya Abi perkenakan Urwa ye. Kes1an Urwa..
Urwa yang tidur terlalu lena di sebelah ayahnya itu tidak terjaga sedikit pun walaupun bunyi dengkuran Nadzmi sangat kuat. Selain itu, Urwa yang tidur sambil mengangkat kedua-dua tangannya itu sangat comel dan sebelah lagi tangannya tidak memakai sarung tangan mencuit hati netizen.
Jom tonton video di bawah ini :
Ini pula video yang dimuatnaik oleh Nadzmi pada dua hari yang lalu sempena anaknya Arwa Malaikha Urwa sudah cukup sebulan usianya. Jom tonton !!
Perkongsian daripada Nadzmi ini mendapat pujian daripada Netizen. Mereka telah memuji kecomelan Urwa. Ini antara komen-komen mereka :
” Subhanallah, cantiknya anugerah yang terindah ni, like father like son.. “
” Ehh macam kuat sangat je bunyi dengk0rnyaa, abi Urwa ni yang dengk0r.. “
” Fuhhhh nasib baik lah abang Nadzmi tido tak buka baju, kalau buka baju tu, nampak bulu ketiak keluar.. “
” Subhanallah cantiknya baby, kuat betul ayah dia dengk0r, nasib baik baby tak terjaga dengar ayah dia berdengkur, haha.. “
” Comel nya Urwa, tangan sebelah tak bersarung. Dengkor abi umpama dodoikan Urwa saja kan tu.. “
Amboi, amboi Abi ni nak kena ni, pandai kata Urwa yang dengkur. Hehe. Semoga Urwa yang comel ini membesar denagn sihat dan menjadi penyejuk hati ibu dan ayah. Kami dari Berita Kopak juga mendoakan Nadzmi dan Ardell Aryana terus bahagia bersama dengan anak yang tersayang. Aminn..
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nadzmi Adhwa, Arwa Malaikha Urwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..