” Cuba teka hadiah apa daddy dan mommy bagi Ayden.. ” – Ayden Adrean

Bella Astillah Kongsi Video Sempena Hari Lahir Ayden. Wahhh Mommy Dan Daddy Nak Bagi Hadiah Special Lah, Ramai Yang Dah Boleh Agak Tu Apa Hadiahnya. Tahniah !!

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah bukanlah nama asing dalam dunia sini tanahair. Beliau cukup terkenal di kalangan peminat bersama dengan pasangannya, Aliff Aziz. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ayden Adrean.

Umum mengetahu Bella Astillah kini telah pun berbadan dua dan sedang sarat menunggu kelahiran untuk cahaya mata kedua. Si cilik Ayden seringkali menjadi perhatian ramai  kerana kecomelannya dan wajahnya memang persis ibunya Bella Astillah.

Bella seringkali berkongsi aktiviti beliau bersama anaknya itu. Sikap Ayden yang selalu ceria dan bersemangat mencuri hati netizen. Ayden kelihatan selalu bersama ibunya itu ke mana sahaja, di mana ada Bella, pasti akan ada Ayden yang menemani di sisi. Begitulah setiap ibu yang ada anak-anak kan !!

Menerusi entri terbaru Bella Astillah di laman Instagramnya, sebuah video telah dimuatnaik. Video tersebut memaparkan koleksi video-video anaknya daripada berumur 1 tahun hinggalah sekarang berusia 3 tahun. Video itu dimuatnaik sempena sambutan hari lahir Ayden yang ke-3 tahun pada hari ini, 8 Julai 2020.

Dalam posting yang berlainan pula di laman Instagram anaknya Aydean telah dikongsikan sekeping gambar. Gambar tersebut adalah gambar Bella Astillah bersama suaminya Aliff Aziz yang sedang memangku Ayden. Ketika itu Ayden masih kecil lagi. Gambar tersebut merupakan gambar thr0wback mereka.

Tonton video di bawah ini :

Ini perkongsian daripada laman Instagram Ayden Adrean sendiri. Ayden tanya tu, nanti jawab ye kat ruang komen posting Ayden ni. Dan Jangan lupa wish birthday Ayden sekali ye..

Perkongsian Bella Astillah itu dihujani dengan ucapan hari lahir buat anaknya.  mereka turut mendoakan kesejahteraan Ayden sempena hari lahirnya. Ini antara komen-komen mereka :

” Happy birthday Aydennnn, semoga menjadi anak yg soleh.. “

” Happy birthday Ayden ! mommy daddy bgi ayden adik and mommy daddy bersama lagi.. “

” Happy 3rd Birthday handsome boy, so cute mas1h ingat lagi close, open, clever boy.. “

” Happu brthday too ayden, nk dpt adek dh dia kan, moga jd anak yg soleh dan abg yg baik untuk adik2, Aamiin.. “

” Wahhh birthday ayden sama dengan aunty la, hepy birthday dear be a good boy ya to your mummy n daddy.. “

Wah, hari ni sudah cukup umur Ayden 3 tahun ye, Selamat ulang tahun kelahiran Hadsome Boy. Agak-agaknya hadiah Ayden tu adik Ayden ke, hehehe sama-sama kita tunggu. Kami di Berita Kopak juga mendoakan Ayden diberi kesihatan yang baik, membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat kedua org tua mu. Aminn..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Bella Astillah, Ayden Andrean

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..