” Apa beza KLCC dengan saya ? “

Harris Anuar Memberi Ayat ‘Pickup Line’ Kepada Dato’ Jalaluddin Hassan, Namun Resp0n Dato’ Jalal Buat Dia Sent4p Habis. Perghhhh, Makan Dalam !!

Harris merupakan anak kepada jutawan kosmetik popular iaitu Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton. Harris dilahirkan pada 14 Mei 1993. Beliau mempunyai pendidikan dalam jurusan seni bina namun Harris melibatkan diri dalam dunia seni.

Nama sebenarnya ialah Mohammad Harris bin Shahrul Annuar juga merupakan seorang model. Beliau ialah bekas peserta Hero Remaja 2017/18 dan berjaya memenangi tempat ketiga. Harris ialah adik kepada pengacara TV, Nadia Annuar dan sepupu kepada Neelofa.

Harris telah membintangi beberapa buah drama bersiri popular seperti Jangan Padam Rindu, Isteri Bukan Untuk Disewa dan Lelaki Kiriman Tuhan. Harris juga pernah muncul dalam video klip Elizabeth Tan untuk lagu P0lice Entry.

Menerusi akaun Instagram, Harris berkongsi videonya bertemu Dato’ Jalaluddin Hassan. Menurutnya, ini merupakan kali pertama beliau bertemu Dato’ Jalaluddin. Harris memberi ayat ‘pickup line’ kepada Dato’ Jalal, namun respon Dato’ Jalal memang sent4p bro !!

Tonton video di bawah :

”  Ya Allah aku punya nerv0us sampai tersas0l maklumla tak sangka dapat buat video dengan a person who i look up for dalam industri ni ! Terima kasih Dato Jalaluddin Hassan atas video yang tak dijangkapun nak buat ni.. “

” Pada mulanya nak buat story je. Jangan lupa tengok drama TQ Captain pukul 10 malam ni ye dekat Astro Ria/RiaHD #BangkitB0tak #HeroRemaja2017.. “

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut terutamanya part akhir yang memang makan dalam. Antara komen-komen mereka :

” Amek kau.. Hahaha.. “

” Sent4p habis.. “

” Part last tu deep.. “

” Terbaik bro… Serius mmg kelakar.. Dato plak sporting bleh bergurau.. “

” Habis kau.. Deep doh.. “

” Sekali mendapat kau part last tu.. “

” Hahaha.. Part last tu merah muka hang.. “

Adoi, sememangnya kelakar melihat reaksi Harris di akhir video tersebut. Niat awal Harris kononnya hendak bergurau dengan Dato’ Jalaludin tetapi akhirnya beliau balik yang terkena. Tak sangka juga Dato’ Jalaludin boleh diajak bergurau. Sabar aje la ! Hehe..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Harris Anuar by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..