” Anak mama pandai melawa sudah, kurang sikit dari Che Ta.. ” – Abby Abadi

Abby Abadi Kongsi Video Majlis Hari Lahir Anaknya Marissa Dania. Kecantikan Baju Marissa Jadi Tumpuan Netizen. Subhanallah Cantik Sangat, Macam Princess Muslimah. Sejuk Mata Memandang !!

Setiap ibu bapa pasti mahu menyambut hari jadi anak-anak pada setiap tahun. Ia umpama sebuah keraian untuk meraikan yang anak kita ini sudah semakin membesar hari demi hari, tahun demi tahun. Sambutan ini pastinya memberi kegembiraan buat anak-anak.

Ada ibu bapa yang menyambutnya pada setiap tahun dengan parti yang besar-besaran dan bertema lagi. Begitu juga apa yang dilakukan oleh Abby Abadi buat anak kesayangannya Marissa Dania yang kini telah pun menganjak ke usia 15 tahun. Marissa Dania adalah anak daripada hasil perkahwinan Abby Abadi dan bekas suaminya Norman Hakim.

Sebenarnya Ulangtahun kelahiran Marissa Dania jat0h pada 2 Julai 2020 yang lalu. Dan pada hari ini Abby Abadi baru berkesempatan untuk membuat majlis besar-besaran bagi meraikan hari kelahiran anaknya itu. Majlis tersebut diraikan bersama kenalan dan saudara terdekat.

Terbaru, menerusi laman Instagram Abby Abadi telah memuat naik sebuah video IGTV dan juga gambar-gambar Marissa Dania untuk dikongsikan buat peminatnya. Sambutannya sangat meriah sekali, kelihatan Marissa Dania memakai gaun ala-ala princess berwarna nude pink.Β  Alahai cantik sangat !!

Lihat perkongsian di bawah ini :

Memey Suhaiza juga turut berkongsi beberapa gambar sekitar Majlis Hari Lahir Marissa.

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di bawah ini pula video IGTV majlis hari lahir Marissa Dania. Let’s Check it out !!

View this post on Instagram

2July2005 – 2July 2020 15 tahun baru πŸ₯° Tapi feeling2 dah selalu Tak sangka Mama Anak Mama pandai melawa sudaa Kurang sikit je dari Che ta πŸ€­πŸ˜…πŸ™Š . Org kelantan sebut apa? Cantik bedo oh? πŸ€ͺπŸ˜… . . Kek πŸŽ‚πŸ’ƒπŸ» @normanhakim_786 @memeysuhaiza . Laksa Utara / Mee Sup Utara 😘 @laksaanakutara . Creampuff Montoks / πŸ₯° @zazafida_brownies . Brownies / 🀩 @qooqunyah . Duren Krep Sedap giless / Kek Durian 🌳🀀 @mrs_ismyariena . Mochi Durian / Kek Durian / Pastri Durian @kuehqaisara_hq . Chicken Mango πŸ˜‹ @aalikitchen_ . Dimsum πŸ˜‰ @mastura_mazzzzz . Bomboloni 😍 @dapur_km . Cookies Mermaid πŸ§œπŸ»β€β™€οΈ @mytastybites . Seri Muka Durian 🌳 @serimukadurian_ . @Homemade_cinnamonrolls 😻 . Marble Cake / Cookies greentea/choc @perfecttaste.my . Brownies 😘 @rafani_bake . Fruity Puding, Puding Coffee/ChocoBar 😍 @Kunyah_bite . Airrrrr ! Airrrr! πŸ’¦ @ayaqworldhq . ps: Kalau ada yg tertinggal maklum ye πŸ™πŸ»

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Perkongsian daripada Abby Abadi ini dihujani dengan ucapan hari lahir dari netizen. Mereka turut menitipkan doa buat Marissa Dania dan memuji kecantikanya. Ini antara komen-komen mereka :

” Marissa nie cantik sgt tau kak sy suke sgt kt die lembut sgt. Siap anak sy sy namakan sempena nama dia marissa semoga menjadi anak yg solehah marissa.. “

” Cantiknya ank dara akk, Subhanallah cantik. Happy birthday to Marissa Dania.. “

” Cantiknya, Sejuk mata memandang. MasyaAllah, Subhanallah, indahnya makhluk ciptaan Allah bernama Marissa. Semoga membesar menjadi wanita solehah.. “

Β ” Semoga sentiasa didlm rahmat dan lindungan Allah s.w.t didunia dan akhirat.. “

” Selamat harijadi Marissa semoga menjadi anak yg solehah berjaya didunia dan diakhirat.. “

” Cantiknya anak kak abby abadi semoga marissa dania menjadi anak yg solehah InshaAllah Amin Ya Mujib.. “

Alahai comelnya Marissa Dania ni kan. Kecantikannya sememangnya dapat daripada ibunya Abby Abadi. Betul tak. Kami di Berita Kopak juga ingin mengucapkan selamat hari lahir buat Marissa Dania. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki selalu. Amin..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Abby Abadi, Memey Suhaiza

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..