” Amir nampak kacak dan bergaya di samping mamanya yang g0rgeous.. ” – Netizen
Gambar Mira Filzah Bersama Anaknya, Wan Khair Amir Di The Top SKY, Burj Khalifa Dubai Raih Perhatian Warganet. Wah Mira Nampak Styl0 Lah. Amir Okey Tak Tu, Nampak Macam Mengantuk Je, Hehe !!
Umum mengetahui pelakon Mira Filzah telah pun dikurniakan seorang cahaya mata. Mira dan suaminya, Wan Emir Astar telah memilih nama Wan Khair Amir buat putera sulung mereka. Kini usia Wan Khair Amir telah pun 8 bulan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Mira telah berkongsi satu gambar yang memaparkan Mira kini sedang bercuti di Dubai. Dalam gambar itu, kelihatan Amir turut dibawa oleh Mira pada percutiannya kali ini.
Tulis Mira di kapsyen, gambar tersebut ketika berada di At The Top SKY, Burj Khalifa. Mira yang cantik mengenakan jaket berwarna hitam sedang mengend0ng Amir yang berada dalam baby carrier. Perkongsian gambar itu telah menarik perhatian warganet.
Ada yang menyatakan yang Mira tampil cantik dengan fesyen yang digayakannya dan memuji kecomelan Amir. Sehingga kini gambar Mira dan Amir telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian gambar di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai gambar Mira dan Amir. Antara komen-komen menarik adalah :
” Amir ok tk tu ? Muka mcm tk rela je amek gmbr, ke mengantok ? Hahaha Amir kamu kt Burj Khalifa tauu senyum sikit laaa. Bgi muka sikit kt mama tuuu.. “
” Handsome boy lah Amir.. Wah bercuti jauh betul Amir dan mama. Happy holiday Amir dan Mira, nanti kongsi lah lagi gmbar2.. “
” Amir nampak kacak dan bergaya disamping mamanya yang g0jes. Mesti Amir sempat tido sementara sampai ke atas.. “
” Eeeeee Amir niiiiiii ger4mmmmmmm tengok dia. Stylo lah Mira pakai macam tu, hehe hebat lah Mira berjaya naik dengan Amir.. “
” Bestnyaaa kecik kecik dah sampai Burj Khalifa dah Amir. Mummy Amir makin nampak cantik lah sekarang.. “
” Comel nya budak kecik tu, mata dah tak nampak tu, mengantok ke sayang. Lawanyaa Mira, suka ssngat tengok.. “
” Cute betul dua beran4k ni, selamat bercuti Mira.. Daddy Amir tak ikut yer.. Take care tau ada di tempat orang.. “
Makin comel Amir sekarang, Mira pun sejak bergelar ibu pun kelihatan makin berseri-seri. Apa-apa pun selamat bercuti buat Mira dan Amir. Semoga sentiasa dalam keadaan sihat selalu serta selamat ketika berada di negara orang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG mfmirafilzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..