” Amboi, tangan tu tengah berzapin ke.. “

Video Gelagat Cucu Pak Nil Menari Ketika Mendengar Lagu Noraniza Idris Buat Netizen Terhibur. Wah, Pandainya Ikut Rentak Lagu Tangan Tu, Comel Ya Amat !!

Pengacara, pelakon, penyanyi dan bekas penyampai radio yang sudah lama menceburi bidang seni iaitu Dato Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil sudah lebih 26 tahun melibatkan diri dalam industri seni. Pak Nil memulakan kerjayanya dalam bidang penyiaran sebagai pembaca berita.

Oleh kerana bakat beliau, sehingga kini Pak Nil masih aktif dalam dunia pengacaraan. Sepanjang beliau dalam industri hiburan, pelbagai anugerah yang diperolehi olehnya. Walaupun umurnya sudah hampir 60 tahun namun Pak Nil sentiasa nampak muda.

Terdahulu, Pak Nil popular mengacarakan satu rancangan permainan Pop Kuiz pada tahun 1992. Seterusnya Pak Nil mengacara rancangan majalah hiburan dan g0sip Melodi pada tahun 1994. Apabila Pak Nil menjadi mengacara pasti menghidupkan suasana rancangan tersebut.

Menerusi akaun Instagram, Pak Nil berkongsi gelagat cucunya ketika mendengar lagu Noraniza Idris. Apa yang menarik ialah cucu Pak Nil pandai menari mengikut rentak lagu tersebut. Mentang-mentang tajuk lagu pun Dikir Puteri, dia pun dah macam orang sedang berdikir barat. Comel !

Tonton video di bawah :

” Apa kelas Didi & Friends “

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat cucu Pak Nil. Antara komen-komen mereka :

” Terhibur rasa hati atok tengok dia comel sangat.. “

” Labuh pp ko dik  ger4m.. “

” Penganti noraniza idris tu.. “

” Pandainya dia huu ger4m tengok.. “

” Hahahaah.. amboiii tgn tu tengah berzapin ke.. “

” Pandai pulak berdikir barat dia.. “

” Amboi dia… brzapin.. comel.. “

Comelnya cucu Pak Nil ni menari sambil mendengar lagu irama Malaysia lagi. Jarang budak-budak layan lagu-lagu rentak begini. Selalunya mereka lebih suka lagu kanak-kanak seperti Didi and Friends atau Omar dan Hana. Pastinya Pak Nil pun terhibur melihat gelagat cucunya ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Pak Nil by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..