” Amboi, pandai Zayne nyanyi.. ” – Netizen

Video Anak Mat Dan, Zayne Tyler Menyanyi Lagu Finger Family Buat Ramai Terhibur. Amboi Nyaringnya, Cute Sangat Suara Zayne !!

Zayne Tyler merupakan anak kepada seorang selebriti yang berasal dari England, Daniel Tyler atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Dan. Zayne merupakan antara si cilik yang sering menjadi perhatian di media sosial kerana gelagat dan wajahnya yang comel.

Seperti anak selebriti lain, Zayne turut mempunyai akaun Instagram yang diwujudkan oleh Mat Dan dan isterinya, Nadifa Adnan. Sehingga kini akaun Instagram Zayne mempunyai seramai 55.7 ribu orang pengikut. Akaun tersebut dikendalikan oleh Mat Dan.

Video dan gambar Zayne akan dikongsikan di akaun Instagram tersebut dan gelagat Zayne yang kini sudah berusia 2 tahun sememangnya mencuit hati. Tambahan pula Mat Dan sering berkomunikasi dengan anaknya dengan menggunakan bahasa Melayu. Perkara ini antara yang sangat mencur1 perhatian netizen.

Menerusi akaun Instagram, satu video Zayne sedang menyanyi telah dikongsikan. Video berdurasi seminit ini memaparkan Zayne menyanyikan lagu Finger Family di dalam sebuah cafe dan gelagat Zayne ini membuatkan netizen terhibur. Alahai, comel sangat !!

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata netizen memuji suara nyanyian Zayne yang comel. Antara komen-komen mereka :

” What a beautiful singing voice- just like Grampy.. “

” MasyaAllah… Comellllllnyaaaaa Dia… send my love to him… so cuteeeee laaa.. “

” U are do cute my babby .if u come back to trg. coming nanny house sebelah Restoran chitlada ok.. “

” Where are u… tu je y sy faham, sedapnya zayne nyanyi.. “

” Amboi! Pandai Zayne nyanyi.. “

Mami finger mami finger where are you ?? sho cute.. “

Wah, pandai Zayne menyanyi di tempat awam tanpa segan silu. Comel sangat suara Zayne. Ada bakat jadi penghibur ni dan lagu ini sememangnya lagu kegemaran kanak-kanak. Semoga Zayne membesar menjadi anak yang soleh dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Mat Dan, Zayne Tyler

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..