” Amboi baby angkat kening macam mama, muka Aeril lagi la.. ” – Netizen

Wawa Zainal Kongsi Video Thr0wback Anaknya, Jibril Ibtisam Ketika Berusia 3 Hari Buat Peminat Ger4m. Alahai Pandainya Jibril, Mama Panggil Terus Buka Mata. Sebijik Muka Aeril Lah Wawa !! 

Sudah lebih 2 minggu Wawa Zainal melahirkan cahaya mata keempatnya. Sepakat bersama suami tercinta, bayi ini dinamakan sebagai Jibril Ibtisam. Wajah dan namanya diumumkan kepada umum menerusi akaun media sosial Wawa dan Aeril beberapa hari yang lalu.

Seperti anak-anak yang lain, Jibril juga dikatakan oleh peminat lebih seiras wajahnya dengan muka Aeril. Dari Attar, membawa ke Hayla dan Ayya Soffya, kini Jibril juga seperti ‘c0py and paste’ sahaja semuanya dengan Aeril.

Meninjau akaun Instagram Wawa Zainal, telah dikongsikan satu video thr0wback pendek yang memaparkan gelagat Jibril ketika berusia 3 hari. Jibril yang sedang tidur di katilnya pantas membuka mata apabila mendengar Wawa memanggil namanya.

Tulis Wawa di kapsyennya, pertanyaan untuk peminat samada Jibril ini mukanya seperti Wawa ataupun Aeril. Coret Wawa lagi dalam nada bergurau, penat mengandung dan bersalin namun semua anak muka seperti suaminya. Bertabah lah Wawa, hehe.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Wawa ini telahpun mendapat hampir 67 ribu likes sejak ia dimuatnaik sehingga kini. Antara komen-komen peminat :

” Ala sayang, so comel. Sorry Wawa, yang ni pun muka Aeril jugak lah. Sebijik sangat dengan muka papanya.. “

” Aeril lagi haha, kuat gen Aeril. Cuba lagi Wa tahun depan hehe, maksudnya kena tambah lagi la.. “

” Copy Aeril sebijik haha, muka Aeril sangat Jibril ni. Soffya ikut muka Wawa. No 5 nanti macam Wawa pulak hehe.. “

” Sorry wawa, Aeril lagi.. pregnant lagi sampai dapat macam wawa k? Selamat berpant4ng hehe.. “

” Macam Aeril la, tapi Wawa dan Aeril pun nampak seiras wajahnya. Jadi Jibril seiras dua-dua haha.. “

” Muka Aeril lagi la, nampak gaya Wawa kena beran4k lagi la haha. Comelnya pandai sangat tahu mama panggil nama dia.. “

” Macam muka si Aeril lagi ni haha. Alolo comel sangat ni, amb0i baby angkat kening macam mama.. “

” Macam muka Aeril tapi macam anak patung pun ada. Comel dan cutela Jibril ni. Sabar ye Wawa, nanti next muka Wawa pulak hehe.. “

Comel-comel kesemua anak Wawa dan Aeril ini dan wajah Jibril memang terlihat lebih seiras ke arah wajah Aeril. Apa pun, semoga Jibril sentiasa dalam lindungan Allah dan menjadi anak yang soleh untuk kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Wawa Zainal, IG Aeril Zafrel 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..