” Alolo comelnya Afwa sebut kakak.. ” – Netizen

Video Anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa Menyebut ‘ Kakak ‘ Raih Perhatian Peminat. Alahai Dah Pandai Afwa Ikut Ibu Sebut. Kakak Aafiyah Tersayang Ye Afwa !!

Keakraban antara kedua-dua anak penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa seringkali dikongsikan di Instastory milik Dato’ Siti. Aafiyah di mata peminat terlihat sebagai seorang kakak yang sangat penyayang kepada adiknya ini.

Meninjau akaun Instagram Muhd Afwa Khalid, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Afwa bersama Aafiyah dan Dato’ Seri Khalid Jiwa ketika sedang berbaring bersama-sama di atas katil.

Kedengaran suara Dato’ Khalid menyatakan kepada Afwa supaya tidak bangun kerana kakak Aafiyah ingin memel0k Afwa. Seketika kemudian, suara Dato’ Siti pula didengari menyebut perkataan ‘ kakak ‘.

Afwa yang memandang ke arah ibunya itu seraya mengikut sebutan tersebut. Wah Afwa, orang pertama yang Afwa sebut ‘ kakak ‘ lah. Istimewa betul kakak Aafiyah ni untuk Afwa. Iyelah asyik kena pel0k dan c1um dengan kakak, manalah Afwa tak sayang.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat comel adik dan kakak ini telahpun mendapat lebih 1000 likes sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen peminat :

” Ya Allah , dah boleh sebut dah. Cerdik alhamdulillah, so sweetla Afwa. Video Afwa if tak ulang banyak kali mesti tak sah.. “

” Masya Allah bijaknya Afwa. Pandai ye Afwa, sekejap je dah besar si bambam ni. Alolo comelnya Afwa sebut kakak.. “

” Alolo sweetnya, pandainya Afwa. Kakak rajin melayan ya, rapat dengan kakak Aafiyah ni budak comel ni.. “

” Seronok la kakak, adik sebut nama dia dulu. Pandai dia, cepatnya Afwa dapat sebut kakak. Orang pertama yang Afwa sebut ‘ kakak ‘ .. “

Ketawa riang Aafiyah mendengar adiknya menyebut perkataan ‘ kakak ‘ tu. Kakaknya memang suka berkep1t dengan adik Afwa. Kadang kala sampai hab1s pipi adik dikucupnya berkali-kali, ger4m dengan adik yang makin chubby la tu.

Semoga kedua-dua permata hati Dato’ Siti dan Dato’ Khalid ini membesar dengan sihat selalu di bawah lindungan Yang Esa dan menjadi anak yang soleh dan solehah serta kebanggaan ramai apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG muhdafwakhalid

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..