” Allahu diam-diam ubi berisi diorang berdua ni ehhh.. ” – Netizen
Screensh0t Perbualan Mira Filzah Dan Wan Emir Astar B0ngkar Tarikh Awal Perkenalan Antara Mereka. Wahhh, Tak Sangka Begitu Lama !!
Umum mengetahui, pelakon Mira Filzah sudah pun selamat bergelar isteri kepada anak Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang merupakan seorang arkitek.
Melalui temubual yang dijalankan bersama pasangan pengantin ini, Mira telah menyatakan bahawa dia mengenali suaminya itu pada tahun lepas dan hanya mengambil masa selama dua bulan untuk mengambil keputusan mendirikan rumah tangga bersama.
Namun begitu menerusi sebuah akaun Instagram, satu screensh0t perbualan Twitter antara Mira dan Emir telah dikongsi di mana ia menunjukkan perbualan mereka pada tarikh 15 April 2017. Wah, nampaknya dalam diam sudah lama Mira mengenali Emir.
Perbualan tersebut seperti gurauan antara mereka berdua dan seolah-olah Emir mengus1k Mira. Mungkin Emir sudah lama cuba memikat Mira dan akhirnya pada tahun lepas barulah Mira bersemuka dengan Emir dan mengenali hati budi masing-masing.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Ada juga yang terkej0t dan ada juga yang sudah mengetahuinya sebelum ini. Antara komen-komen netizen :
” Td tgk vid mira ckp since oct last yr.. bkn eh? Haha gtu la.. dh jodoh.. “
” Allahu diam-diam ubi berisi diorang dua nii ehhh.. laju kerja netizen.. “
” Knal btul2 last year, tp emir kejar sejak 2016 , kata mira effort dia A.. “
” Â Last year yg dorang 1st jumpe .. sblm tu lagi emir kejar kejar kejar migha tak mau sbb dia tngk ig emir mcm person yg soooo boring .. “
” Kat mana awak tahu ni sis. Ada video ke. Nak tengokkkk tag pleasees.. “
” Semoga berbahgia hgga ke Jannah.. aamiinnn.. “
Wah, memang hebat netizen-netizen sekarang sampaikan ke perbualan yang sudah bertahun lamanya pun masih boleh dik0rek semula. Tapi mungkin juga Mira hanya sekadar membalas tweet peminat pada ketika itu. Namun kalau sudah ada jodoh, memang tak ke mana dan pasti akan bertemu juga.
Apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan semoga Mira Filzah dan Wan Emir sentiasa berbahagia sehingga akhir hayat. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Wanemirafilzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..