” Allah.. Innalillahiwainnailaihirojiun… Lagu ni, seolah dia gambarkan pergi buat selamanya.. “
Dato’ Alha Alfa Kongsi Video Kenangan Dengan Anak Nora, Arw4h Alif Johan, Buat Ramai Yang Sebak !!
Dunia hiburan tanahair dikejutkan lagi dengan berita pemergian anak penyanyi terkenal, Nora Ariffin, Alif Johan atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan Nawawi. Alif merupakan anak kedua daripada empat adik beradik . Beliau merupakan anak kepada pasangan penyanyi Nora Ariffin dan komposer lagenda, Allahyarham Johan Nawawi.
Alif Johan mengikuti pengajian perfileman di Universiti Teknologi MARA dan berada di tahun akhir pengajiannya. Mula aktif di dalam bidang seni sejak tahun 2019. Rancangan Mentor Milenia 2019 adalah titik tolak kepada bermulanya karier seninya. Walaupun hanya tersenarai sehingga peringkat Top 20 protege sahaja namun namanya mula tular dek kerana suara nya yang sedap dan gemersik kalbu.
Alif pernah menyatakan dia bercita-cita untuk meneruskan perjuangan seni arw4h bapanya. Bagi merealisasikan impian nya itu, Alif sering menyertai pelbagai pertandingan nyanyian. Pencapaian terbaik Alif apabila dia dinobatkan sebagai juara pertandingan Clash of The Talent anjuran Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) pada 6 Disember lalu menerusi lagu Salam Terakhir.
Menerusi akaun Instagram Dato’ Alha Alfa memuatnaik satu rakaman video di mana beliau merakamkan nyanyi nya bersama arw4h Alif Johan. Nyanyian yang gemersik dan penuh penghayatan dari arw4h seolah-oleh ingin memberitahu bahawasanya masanya untuk pergi sudah semakin hampir. Sesungguhnya rezeki, jodoh, aj4l dan m4ut semuanya sudahpun tertulis di luth mahfuz.
Jom tonton perkongsian Dato’ Alha Alfa dibawah :
” Semoga tenang kau disana.. Selamanyaaaa.. Innalillahiwainna ilaihirojiun @alifjohan baru 3 hari lepas arw4h dm dan hantar video ni.. Teringat nyanyi sama-sama katanya.. Allahu salam takziah @itsnoraariffin.. ”
Rata-rata netizen turut sama sedih dan terharu di atas kehilangan ini. Antara komen-komen netizen :
” Hilang lah sorang family 7 song 7 talent.. “
” Innalillahiwainnailaihirojiun, Alfatihah, salam takziah buat keluarga arw4h semoga ditempatkan dikalangan orang beriman dan soleh, Aamiin YR.. “
” Allah.. Innalillahiwainnailaihirojiun.. Lagu ni.. Seolah dia gambarkan pergi buat selamanyer.. “
” Sedihnya bila arw4h nyanyi lagu tu.. “
” Al-fatihah.. Lagu arw4h nyanyi semua sedih-sedih.. “
” Allahu.. Allah lebih sayangkan dia… Innallillah.. “
” Allahu.. Lagu sedih dia nyanyi.. Suara sedap yakmat… Innalilah… Salam takziah buat ibu & keluarganya.. “
Sesungguhnya pemergian arw4h Alif Johan dirasai bukan sahaja buat seisi keluarga malah buat seluruh peminat tahanair. Tiada lagi alunan suara yang gemersik kalbu, tiada lagi senyuman manis nya untuk tontonan ramai. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya.
Kami di Berita Kopak mengucapkan salam takziah buat seisi keluarga Alif Johan dan moga arw4h ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.. Aamin
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dato’ Alha Alfa by Berita Kopak & Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..