” Cantik angle Aafiyah tangkap gambar. Ibu jadi selimm melimmm.. “

Wahh  Macam Tak Percaya Je Gambar Dato’ Siti Nurhaliza Yang Aafiyah Ambil. Pandainya Aafiyah !!

Penantian selama 10 tahun untuk mendapatkan cahaya mata bagi Dato’ Siti Nurhaliza serta suami telah berakhir setelah mendapat Siti Aafiyah. Kecomelan Aafiyah yang mirip seperti rupa ibunya sering menjadi perhatian netizen meskipun si cilik ini tidak mempunyai akaun media sosial persendirian.

Aafiyah merupakan anugerah yang terindah buat Dato’ Siti serta Dato’ Khalid. Gelagat Aafiyah sering menhiburkan hati kedua ibu bapanya. Aafiyah yang kini berusia 2 tahun sudah pandai membuat pelbagai gaya dan telatahnya yang sangat comel.

Aafiyah juga mempunyai ramai peminat seperti ibunya. Semua gambar-gambar dan video Aafiyah sering di muatnaik melalui akaun media sosial milik ibunya dan beberapa akaun lain yang telah diwujudkan oleh peminat-peminat Aafiyah.

Aafiyah yang petah berkata-kata meskipun baru berusia 2 tahun, telah menarik perhatian media-media sosial. Anak Dato’ Siti ini semakin popular seiring bersama ibunya. Video serta gambar beliau sentiasa menjadi perbualan umum di media sosial.

Menerusi akaun instagram, Dato’ Siti telah memuat naik beberapa keping gambar beliau yang sedang berada di dalam kereta. Paling menarik kapsyen Dato’ Siti adalah gambar yang telah di muatnaik itu adalah, Aafiyah yang mengambil gambar tersebut.

Baca perkongsian Dato’ Siti Dibawah :

” Percaya tak Aafiyah yang ambil gambar ibu ! good job darling.. “

Rata-rata peminat percaya bahawa gambar tersebut telah diambil oleh Aafiyah dan memuji Aafiyah yang pandai mengambil gambar ibunya itu. Antara komen-komen tersebut :

” Amboiiiii siti aafiyah,,, masyaAllaah deeeeek kamu pandaiiiii bgt.. “

” Pandainya anak ibuuu…. maunya xpandaii… ikut sapaaaa @ctdk.. “

” Ibu comel.. Aafiyah pun comel.. comel je perangai uols ni.. “

” Pcaya.. nmpak gambr da goyang.. “

” Cantik angle aafiyah tangkap gambar. Ibu @ctd jadi selimm melimmm. Aunty pun nak jugak.. “

” Comelnya ibu aafiyah, good job la aafiyah.. “

Alahai.. pandainya Aafiyah tangkap gambar ibu. Nanti besar boleh jadi photographer ibu ya sayang. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Aafiyah membesar dengan sihat, serta menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapa. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dato’ Siti Nurhaliza by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..