” Alhamdulillah. Moga jadi pembela ibunya hingga ke syurga. Aamiin.. “

Bekas Isteri Dai Farhan, Fatin Kongsi Gambar Dan Nama Anak. Comelnya Muka Baby, Seindahnya Nama Diberi, Sejuk Mata Memandang !! 

Pada 5 Januari lepas, bekas isteri Dai Farhan selamat melahirkan anak kedua mereka yang merupakan seorang bayi lelaki. Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 1 tahun 6 bulan bernama Fariha yang dilahirkan pada 5 Julai 2018.

Terdahulu, Dai’ Farhan telah mencera1kan Fatin setelah beliau mengahwini seorang perempuan yang dikenalinya ketika berada di Makkah. Hal ini telah menjadi tul4r kerana ramai mengganggap Dai’ Farhan tidak sepatutnya mencera1kan Fatin yang pada ketika itu sedang mengandung.

Diharapkan dengan kelahiran cahaya mata kedua ini dapat menjadi penguat semangat buat Fatin Nurul Ain dalam meneruskan kehidupan dan membuka lembaran baru. Setiap apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah walaupun perit untuk diterima.

Menerusi akaun Instagram, Fatin berkongsi gambar anaknya serta nama yang diberikan iaitu Nik Farrel Fahim bin Nik Ahmad Farhan. Beliau memanjat rasa bersyukur kerana telah selesai melakukan aqiqah untuk anaknya yang dijalankan di kota suci Makkah.

” Nama diberi Nik Farrel Fahim bin Nik Ahmad Farhan. Syukur Alhamdulillah selesai dan sempurna aqiqah anak sembel1han dua ekor kambing untuk anak lelaki ummi di tanah suci kota Mekah tajaan dr Aqiqah Center Dot Com.. “

” Terima kasih banyak2 kepada @aqiqahcentredotcom menguruskan dan sempurnakan semua aqiqah anak .. Semoga dimurahkan rezeki dan terus membantu permudahkan urusan Umat Islam yang lain.. “

Rata-rata netizen mengucapkan rasa syukur dan mendoakan segala urusan dipermudahkan buat Fatin. Antara komen-komen mereka :

” Alhamdulillah, sihat walafiat anakanda. Semoga Allah permudahkan segalanya selepas ini.. “

” Alhamdulillah noga sehat terua jd anak yg soleh amin.. “

” Ya Allah, aku hanya mengenali adik Fatin ini dr jauh… tp aku sayang dia kerana dia sgt mnjga maruah diri. Tak pernah mmbuka a1b “org”. Cukuplah Allah sbg penolong mu duhai adik. Nikmat Allah itu luas.. “

” Alhamdulillah…. ya Allah comelnya baby… moga menjadi anak yg soleh.. “

” Subhanallah Indahnya nama Farrel Fahim. moga menjadi anak yang soleh ya sang mujahid, comelnya.. “

” Alhamdulillah.. Tahniah.. Comeynya Farrel.. “

” Alhamdulillah…. moga jadi pembela ibunya hingga ke syurga.. aamiin.. “

Alhamdulilah kerana segala urusan aqiqah anak kesayangan Fatin dipermudahkan. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Nik Farrel Fahim membesar dengan sihat dan bijak serta menjadi anak yang soleh di dunia dan di akhirat. Indah sungguh nama yang diberikan !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fatin by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..