” Alhamdulillah Cik Man akan menamatkan zaman single.. “

Posting PU Azman Mengej0tkan Ramai. Sama-Sama Kita Doakan Untuk Cik Man !!

Siapa tidak kenal pendakwah bebas PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah bin Alias. PU Azman mula dikenali setelah menyertai rancangan Pencetus Ummah musim kedua pada Disember 2014. Nyata rezeki memihak pada dirinya apabila diangkat sebagai juara program realiti Islamik itu.

Selain pendakwah bebas, PU Azman juga banyak menjayakan drama bersiri televisyen antaranya Lelaki Kiriman Tuhan dan Sweet Dreams. Kedua-dua drama popular ini membuatkan nama PU Azman semakin meniti di bibir peminat. Berdakwah walaupun di dalam lakonan, itu prinsipnya.

Tidak berselindung mengenai status dirinya, PU Azman sejak dari awal lagi sudah memaklumkan bahawa beliau adalah seorang duda. Jodohnya bersama bekas isteri tidak panjang dan membawa kepada pembub4ran ikatan perkahwinan itu. Perkahwinan itu tidak mempunyai sebarang zuriat.

Menerusi akaun Instagram, PU Azman telah memuatnaik gambar #2019bestnine beliau. Dapat dilihat koleksi gambar berkenaan telah mendapat sebanyak 24,586,095 “likes” daripada pengikutnya. Yang menariknya adalah kapsyen PU Azman yang ditulis bersama posting tersebut. Buat ramai geli hati !!

Jom baca kapsyen PU Azman di bawah :

” Alhamdulillah Cik Man akan menamatkan zaman single.. “

” Untuk sesi 2019.. “

” Dan akan meneruskan zaman single ke sesi 2020.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan kapsyen tersebut. Antara komen-komen netizen :

” Ustaz… Minang heliza helmi la… Rase macam sesuai ustaz dengan die… “

” Moga cepat bertemu jodoh cikman.. “

” Ish ingatt nak kawin dah tadi.. Cik man ni laa.. “

” Beria ia aku baca.. Nak ucpkan tahniah.. Ingat nak kawin dah.. Tu la, baca tak habis. Ha.. Tepuk !!! Tahun 2020 Cik Man mesti ada jodoh.. “

” Ingat Cik Man dah kawin selama nie… Maaf laa tersalah sangka… “

” Nape la ig takde button ketawa. Takpe ustaz, u not walk alone. We in the same boat… Hehehe.. “

” Tetap dgn tag ‘forever alone’ ke? In shaa Allah, 2020 didoakan CikMan bertemu jodoh solehah…. Aamiin.. “

Aduh PU Azman ingatkan betullah nak mengakhiri zaman bujang. Rupa-rupanya hanya gurauan. Mau sak1t jantung menangis tergolek-golek para-para gadis yang mengimpikan PU Azman jadi pasangan hidup. Lawak penutup tahun betul. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga PU Azman akan bertemu jodoh yang sesuai dan solehah. Aamin..

(Gambar Cik Man bersama anak saudaranya yang pernah menjadi viral sebelum ini kerana ramai yang ingat bakal isterinya.. )

Silakan SHARE..

Sumber : IG PU Azman by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..